Friday, June 14, 2013

My Love For Eternity


Cintaku pada patung teddy
Ia melihat KESUNYIAN yang ku lalui sebagai gadis sepi
Cintaku pada sebuah buku
Ia menyimpan segala LUAHANKU
Cintaku pada ilmu sains
Kerana minatku menyelami antara fakta dan fiksyen
Cintaku pada kucingku
Kerana dia setia disiku MENEMANIKU selalu
Cintaku pada tarian
Ianya cara aku melepaskan GERAM
Cintaku pada muzik
Kerana aku menghayati KEINDAHAN LIRIK
Cintaku pada lagu
Kerana hanya ILHAM yang ikhlas bisa menusuk ke kalbu
Cintaku pada alam
Kerana AKUR dengan kecantikannnya membuatkan aku terdiam
Cintaku pada tempatku
Disitu bermulanya segala MEMORIKU
Cintaku pada Arashi
Kerana kata-kata mereka adalah SEMANGATKU hingga ke hari ini
Cintaku pada Ono Satoshi
Dia mengingatku agar selalu MERENDAH DIRI
Cintaku pada Dunia Jepun
Bermula dari sebuah cerita yang bertajuk HELEN
Cintaku pada teman
Kerana dia MENGINGATIKU walau kami berjauhan
Cintaku pada ayah
Kerana dia mengajarku untuk terus TABAH
Cintaku pada ibu
Betapa dia memahami MATLAMAT hidupku
Cintaku pada lelaki
Hanya kepada NABI MUHAMMAD lelaki sejati
Cintaku pada diri sendiri
BERSYUKUR aku diciptakan tuhan sebegini
Cintaku pada syurga
Kerana aku ingin SELAMA-LAMANYA disana
Cintaku pada Allah
Kerana masih BERNAFASNYA aku hingga ke hari ini
daripadaNya aku DATANG dan kepadaNya juga aku KEMBALI
dan hanya KEPADANYA Cintaku Yang Abadi…

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad