Apa rahsia yang ada disebalik penamaan surah al-Fatihah?
Dengan
nama As-Sab'ul Matsani (tujuh
ayat yang dibaca berulang-ulang)? Pembahasan
berikut ini akan menjelaskan kepada anda sebahagian di antara keajaiban
angka tujuh yang terdapat dalam surat al-Fatihah.
Allah
Subhaanahu Wata'ala berfirman,
"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh
ayat yang dibaca berulang -ulang dan Al Quran yang agung. " (al - Hijr : 87)
Rasulullah
shallallahu ' alaihi wasallam pernah bersabda,
"Alhamdulillahi rabbil ' alamin" (Segala puji bagi Allah, Tuhan
semesta Alam) (surah al-Fatihah) adalah as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan al-Quran yang Agung yang diberikan kepadaku." (Hadith Riyawat al-Bukhari)
Keajaiban
Pertama
Jumlah ayat dalam surah al - Fatihah ada
tujuh ayat.
Jumlah langit ada tujuh.
Jumlah bumi ada tujuh.
Jumlah hari dalam seminggu ada
tujuh hari.
Jumlah pusingan yang dilakukan oleh seseorang yang melakukan tawaf
mengelilingi kaabah adalah tujuh pusingan.
Sa'i (berlari-lari kecil) antara Shafa dan Marwa dilakukan sebanyak tujuh kali.
Melempar jumrah dilakukan oleh orang yang sedang melaksanakan ibadah
haji sebanyak tujuh kali.
Anggota badan yang diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu '
alaihi wasallam untuk sentuh ke tanah (lantai) ketika sujud ada tujuh anggota badan.
Jumlah pintu jahannam ada tujuh
buah.
Kata "jahannam" disebutkan dalam al-Quran sebanyak 77 kali ( 77 =
7x11).
Keajaiban
Ke-Dua
Jumlah huruf hijahiyah yang ada dalam surah al-Fatihah ada 21
huruf (21
= 7x3). Huruf tersebut adalah :
ا ب ت ح د ذ رس ص ض ط ع غ ق ك ل م ن و ه ي
Keajaiban
ke Tiga
Jumlah huruf yang terputus-putus yang ada dalam al-Quran ada 14
huruf (14
= 7x2). Huruf-huruf itu termasuk dalam huruf-huruf
yang ada dalam surah al-Fatihah. Huruf-huruf tersebut adalah:
ا ل م ن ه ك س ي ع ص ر ق ح ط
Keajaiban
ke Empat
Jumlah huruf dari kalimat الله iaitu ا , ل , dan ه yang ada dalam surah al - Fatihah ada 49 huruf (49
= 7x7).
Keajaiban
ke Lima
Huruf yang terputus-putus yang pertama kali disebutkan dalam
al-Quran adalah firman Allah الم yang
merupakan ayat pertama dalam surat al-Baqarah. Jika kita mengira jumlah ketiga
huruf tersebut ( ا , ل , dan م ) dalam surah al-Fatihah, akan kita dapati bahawa huruf ada
22 buah, huruf ل ada
22 buah dan huruf
م ada 15
buah. Apabila kita menggandingkan jumlah ketiga
huruf di atas maka akan terbentuk bilangan 222215 atau kalau kita membalik susunannya akan terbentuk bilangan 152222 dan 221522. Dan
ajaibnya, ketiga bilangan tersebut merupakan kelipatan dari angka tujuh;
(
222215 = 7x31745 , 152222 = 21746 , 221522 = 7x31646 )
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari
sumber jurnalhajiumroh.com
No comments:
Post a Comment