Wednesday, April 08, 2015

Patung Teddy Bear Hatsune Miku Yang Mewah




Penghasil anak patung mewah yang terkenal di dunia iaitu Steiff telah menghasilkan patung beruang Hatsune Miku edisi terhad, tetapi mereka yang menantikan patung bertocang dua terpaksa berpuas hati dengan patung beruang.

Patung beruang ini memiliki warna hijau kebiruan yang merupakan ciri khas Hatsune Miku beserta tali leher dan kolar dan logo bayang-bayang Miku pada salah satu kakinya manakala sebelah kaki lagi tercatat nama Miku. Selain itu angka ‘01’ disulam pada bahu kirinya.

Patung beruang ini diperbuat dari Mohair iaitu fabrik seakan sutera yang diperbuat daripada bulu kambing Angora yang lembut dan memiliki sendi yang dapat digerakkan. Hanya sebanyak 1,500 buah anak patung yang akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga yang tinggi namun sesuai dengan jenama Steiff iaitu bernilai 39,000 yen iaitu lebih kurang RM 1, 189.





#Malaysia Kre-Ko
pic: credits to owner

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad