Manga Jepun biasanya dianggap setara dengan buku komik dan novel
grafik yang dihasilkan dari barat. Pada rak buku manga, anda akan menemui pelbagai
jenis cerita komedi romantik bersiri, siri pengembaraan ruang angkasa, kisah
sejarah serta genre lain yang mampu menarik kelompok pembaca tersendiri.
Perbezaan jenis manga terletak pada sasaran pembacanya. Tidak kisah tentang
berapa pun usia ataupun jantina, pasti ada saja jalan cerita yang disajikan
manga bersesuaian untuk anda. Kali ini, K akan membawakan pembaca untuk
mengenali lebih dekat lagi 5 jenis manga yang mempunyai sasaran kelompok
pembaca yang berbeza. Berikut adalah jenis-jenis manga yang patut anda ketahui
^_^
SHOUNEN
Shonen atau Shounen adalah salah satu perkataan Kanji yang
bermaksud beberapa tahun dan secara umumnya merujuk kepada budak
lelaki biasa. Selalunya daripada pelajar sekolah rendah sehinggalah
sekolah menengah. Ia turut digunakan dalam perbualan seharian apabila merujuk kepada
tempoh remaja tanpa mengambil kira jantina. Manga Shonen adalah satu demografik
popular bagi komik Jepun. Genre yang paling popular iaitu manga pertempuran
yang biasanya mengenai aksi tetapi masih mengandungi adegan komedi dan ikatan
persahabatan yang kuat diantara watak-wataknya.
Sasaran pembaca Shounen adalah pembaca dikalangan kanak-kanak
dan remaja lelaki. Genre ‘Mecha’
yang menampilkan raksasa serta pertarungan antara
robot juga termasuk dalam kategori ini. cerita berkisar tentang pertarungan pedang
dan pertempuran magik juga termasuk dalam kategori manga shounen.
Beberapa contoh manga shounen yang terkenal sama ada di Jepun
mahupun serata dunia adalah Naruto,
Dragon Ball Z, Bleach, Shaman King dan Deadman
Wonderland yang mana banya melibatkan pertarungan
fantasi.
SHOUJO
Shojo atau Shoujo ialah istilah petikan Bahasa Jepun untuk
menghuraikan karya manga yang ditujukan kepada pembaca wanita yang berusia di
antara 13
– 18 tahun. Istilah ini secara umumnya membawa
maksud gadis muda. Genre sering dikaitkan dengan jalan cerita yang penuh
melodrama yang mengisahkan percintaan antara watak utama yang selalunya adalah
wanita, serta dilukis dalam gaya dimana watak-wataknya yang jelita dengan mata
yang besar dan dilukis dengan rumit dimana sering dikelilingi bunga, bintang,
buih-buih secara spontan.
Pembaca dikalangan gadis remaja merupakan sasaran utama untuk manga
Shoujo. Walaupun siri manga ini mengandungi beberapa tingkat aksi dan komedi,
tapi fokus biasanya pada percintaan dan konflik emosional.
Fruit
Basket dan Ouran High School Host Club merupakan contoh manga Shoujo. Genre gadis magik yang
menampilkan watak wanita utama dengan kekuatan magik merupakan sub-kategori
manga Shoujo. Manga Sailormoon adalah salah
satu ikon dari siri gadis magik.
SEINEN
Seinen merupakan bahagian manga yang secara umumnya ditujukan
dikalangan pembaca berumur diantara 18 – 30 tahun, tetapi para pembaca juga mungkin lebih berusia dengan
sesetengah manga yang ditujukan kepada para usahawan yang berumur 40-an. Seinen mempunyai karya yang pelbagai jenis,
daripada kisah bertemakan ketenteraan sehinggalah dewasa.
Manga Seinen mensasarkan pembaca lelaki yang lebih dewasa dan dalam
manga Seinen, ditampilkan ilustrasi kekerasan yang lebih berat dan drama
psikologi yang lebih mendalam berbanding manga Shounen.
Sebgai contoh, manga AKIRA dan GANTZ merupakan kisah
termasuk dalam jenis manga Seinen dan siri yang mengandungi kisah humor dewasa
seperti manga Crayon Shin-Chan juga termasuk
dalam kategori manga Seinen. Batasan antara manga Shounen dan Seinen tidak
begitu jelas dan siri Neon Genesis Evangelion dan
Death Note adalah antara contoh manga yang
mungkin berada di antara 2 kategori tersebut.
JOSEI
Josei manga (komik untuk wanita/LadyComi) adalah jenis manga
yang kebanyakannya dihasilkan oleh wanita untuk pembaca remaja dan wanita
dewasa di antara usia 15
– 44 tahun. Di Jepun istilah Josei membawa maksud ‘wanita’
dan ‘feminin’ dan
langsung tidak mempunyai kaitan dengan manga.
Pembaca wanita dewasa menjadi sasaran untuk manga Josei.
Karakter yang ditampilkjan biasanya cenderung sedang bersekolah menegah atas
atau universiti. Cerita yang reality dan adegan dewasa yang terkawal merupakan
ciri umum dari jenis manga Josei.
Cerita tentang gadis magik juga kadang-kadang boleh muncul
sebagai manga Josei seperti Honey And Clover dan Paradise Kiss.
Beberapa contoh manga Josei yang terkenal adalah Nodame Contabile, Walking Butterfly dan
Bunny Drop .
KODOMO
Manga Kodomo (Kodomomuke/manga kanak-kanak) adalah istilah Bahasa Jepun yang membawa maksud ‘manga’
yang dikhasskan untuk pembaca dikalangan kanak-kanak. Manga kanak-kanak
ininjuga dikenali dengan istilah ‘Kodomo’ atau
‘Kanak-kanak’. Kebanyakan kisah untuk manga
Kodomo adalah tentang moral, mengajar kanak-kanak untuk bersikap baik dan
bertimbang rasa serta mambantu mereka supaya memilih jalan yang betul dalam
kehidupan.
Pembaca kanak-kanak mejadi sasaran untuk manga Kodomo. Karakter
yang ditampilkan biasanya adalah kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau
mascot comel yang mampu menarik perhatian. Kebanyakan kisah di dalam manga ini
tidak mempunyai bab yang bersambungan untuk menarik perhatian pembacanya.
Beberapa contoh manga Kodomo yang terkenal adalah manga Doraemon
oleh Fujiko F.Fujio, Hamtaro dan Chibi Maruko-chan.
Namun, bukan saja pembaca kanak-kanak mudah tertarik dengan manga jenis ini,
malah kebanyakan pembaca setianya juga ada yang terdiri dikalangan pembaca
dewasa!
Sumber: Majalah KreKo
-
Disalin dan disunting semula oleh Putri Rafflesia