Monday, March 10, 2014

Pesawat MAS MH 370 Hilang



MAC 8, 2014.
Tarikh yang menggemparkankan seluruh rakyat Malaysia apabila pesawat MAS Boeing B777-200 MH 370 yang berlepas jam 12.42 minit pagi dari lapangan terbang KLIA yang sepatutnya tiba jam 6.30 pagi tidak mendarat di Beijing, China dan dipercayai hilang. Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangan MH 370 telah terputus hubungan dengan kawalan trafik Subang pada jam 02.40 minit pagi [8 Mac 2014]. Peristiwa pilu menyelubungi lapangan terbang KLIA dimana beberapa keluarga mangsa terus setia menunggu dengan harapan pesawat MH 370 ditemui.

Rasa simpati K hulurkan kepada seluruh keluarga mangsa dan berharap semuanya bertenang dalam menghadapi ujian yang telah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa. Di sini juga, K tidak putus mendoakan agar pesawat MH 370 dapat ditemui semula dengan keadaan penumpang yang stabil dan tidak berlaku sesuatu yang buruk. Namun sebagai insan biasa yang hanya mampu berdoa, kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan.

Terima Kasih diucapkan kepada pasukan penyelamat yang menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa MH 370. Semoga Tuhan melindungi orang-orang yang bebuat kebajikan sesama manusia.

Sama-samalah kita berdoa agar pesawat MH 370 berjaya ditemui dengan segera.

Amin Ya  Rabbal Alamin…

Doa kami semua sentiasa bersama dengan semua penumpang dan anak kapal yang terlibat dalam pesawat MH 370.

credit pic goes to www.ohbulan.com

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad