Tuesday, March 11, 2014

Always Pray For MH370


www.nordasagigirl.blogspot.com 

Setiap perkara yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya.
Bangunlah wahai manusia yang sentiasa alpa.
Sedarlah dengan kejadian yang menimpa pesawat MH370 yang hilang dengan penuh teka-teki dan kemisterian yang sukar untuk dipertikaikan.

Ia bukan salah dosa2 penumpang yang berada di dalamnya,
Ia bukan salah anak kapal yang mungkin lalai melaksanakan prosedur penerbangan,
Ia bukan salah  juruterbang mungkin cuai  mengendalikan pesawat,
Dan Ia juga bukan salah pesawat MH370 yang membawa mereka kearah destinasi yang masih tidak dikenal pasti.
Namun… apabila Tuhan mulai berkata “Kun Fayaa Kun” (Jadi, Maka Jadilah Ia).
Maka, tiada siapapun yang dapat mengubahnya.

Pesawat Boeing B777-200 MH 370 mungkin antara pesawat terbaik diantara pesawat-pesawat MAS yang lain,
Juruterbang MH370 mungkin antara juruterbang yang mahir dan berpengalaman,
Namun… Tuhan mempunyai rancangan yang lebih hebat di sebalik setiap kejadian.

Solat hajat terus dilangsungkan tidak kira tempat dan lokasi di seluruh negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH 370. Dari situ kita dapat melihat apa sebenarnya MESEJ yang ingin disampaikan kepada kita terutamanya kepada seluruh umat Islam di setiap pelusuk dunia yang sedang berdoa agar pesawat MH370 ditemui.

Lihatlah…
Masjid mula dipenuhi semula diiringi dengan doa-doa yang tidak putus meminta kepada Yang Esa agar dipermudah usaha mencari, juga dikembalikan semula pesawat MH 370 dengan selamat.

Renungkanlah…

Itulah MESEJ yang ingin disampaikan oleh Yang Maha Berkuasa.

Masjid merindukan tetamunya,
Sejadah merindukan pemakainya,
Al Qur’an merindukan pembacanya.

Rumah Allah sentiasa terbuka bagi sesiapa yang bertaubat dan berdoa dengan hati yang ikhlas dengan setiap apa yang dihajatkan.

Kita manusia yang alpa sering lalai mengingatiNya,
Namun Tuhan yang sentiasa memerhatikan, tidak tidur dan tidak makan,
Sekalipun tidak pernah melupakan kita.
Buktinya.... lihatlah diri kita yang masih bernafas hingga sekarang.

Kerana setiap musibah itu adalah petunjuk buat kita untuk mencari di mana silap dan kesalahan kita, dan melalui cara itu… kita mulai kembali mengingatiNya.

Sepertimana radar pesawat MH370 yang terputus hubungan dengan menara kawalan.
Semua ahli keluarga mangsa meratapi …
kemana perginya mereka?
Lalu semua orang berdoa agar mereka dikembalikan.

Begitu juga apabila anda merasa setelah begitu lama anda tidak berhubung dengan Tuhan.
Anda mulai mempersoalkan mengenai musibah yang menimpa diri kalian.
Dari mana semua musibah itu muncul?
Dengan itu iman anda mulai menangis kerana setelah begitu lama tidak berhubung dengan Allah SWT,
Anda sedar iman anda sedang merindui Maha Pencipta.

Melaui peristiwa yang menimpa pesawat MH370, ambillah iktibar dn pengajaran yang sesungguhnya amat bererti buat kita agar sentiasa mengingatiNya dan kepada yang sudah lama tidak berhubung dengan Allah SWT, segeralah bersujud semula kepadaNya.

Teruskan berdoa agar dipermudahkan usaha mencari dan menyelamat mangsa pesawat MH370. Semoga berjaya ditemui dengan segera.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau kembalikanlah saudara-saudaraku yang hilang tanpa arah tuju dan bimbingkanlah kepulangan mereka dengan cara yang selamat. Lindungilah mereka dari sebarang malapetaka buruk yang tidak diingini. Jika mereka tersesat di udara, permudahkanlah pendaratan mereka. Jika mereka terhempas di laut, timbulkanlah serpihan mereka. Dan jika mereka selamat didaratan, lindungilah mereka dari segala ancaman, jika dalam keadaan darurat Kau hilangkanlah lapar dan dahaga mereka, serta peliharalah keselamatan mereka sehingga mereka  selamat tiba di tanah air.

Amin Ya Rabbal Alamin… 

www.nordasagigirl.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad