Friday, March 04, 2016

CintaKu Pada Hero Pemanah LOTR (Legolas) Berputik Kembali



Hai semua! Assalamualaikum... Konbanwa~
Apa khabar my reader? K disini Alhamdulillah, fine as well. Harap semua pembaca pun sihat dan dan sentiasa ceria selalu ( ^_^)v

So, for today K nak berkongsi coretan mengenai “Cintaku Pada Hero Pemanah LOTR LEGOLAS Berputik Kembali”

Haa… ada rasa pelik tak baca pasal tajuk entry K kali ni??

Hero Pemanah?
LOTR?
LEGOLAS??

Untuk diringkaskan persoalan korang, masih ingat lagi tak filem pecah panggung/box office Hollywod sekitar 2001/2003? Huuuu… Dah lama jugak tu.. Mugkin ada sekitar pembaca K disini yang kenal filem tu kan?
 
Namun K yakin, bagi sesiapa yang menggemari filem “The Lord Of The Ring” yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2001 yang lalu, tak sah kalau tak kenal Legolas.

cr pic to the owner

Hero pemanah yang cantik lagi mempesona parasnya yang pastinya menawan ramai hati peminat2 diluar sana yang pernah mengenali watak Legolas yang dibawa oleh (Orlando Bloom) beberapa tahun yang lalu. *points to myself*  hehehee…

First time tengok iklan Filem LOTR bakal ditayangkan semula di slot RTM2, perasaan teruja menyelubungi segenap jiwa K “That’s my Legolas”  hahaaa… indeed. Im really excited to watch Legolas act again on screen XDD Really miss his awesome scene on LOTR esp in V3: Return Of The King. Actually filem tu ada 2 kesinambungan selepas The Fellowhip Of The Ring (2001), kemudian disusuli The Two Tower (2002) dan final part Return Of The KING (2003). So, overally ada 3 siri.

Sepanjang bulan Februari yang lalu, filem LOTR buat kali kedua telah ditayangkan semula pada setiap sabtu sepanjang Februari yang lepas selama  tiga minggu berturut-turut (6hb,13hb & 20hb Feb) iaitu bermula  jam 10:30 malam melalui slot RTM2. Kali terakhir K melihat tanyangan semula LOTR adalah sekitar tahun 2006/2007.

Apapun rasa berterima kasih sangat pada pihak RTM yang sudi menayangkan semula salah satu filem Hollywod kegemaran K, LOTR.


K rasa benar2 terharu dapat melihat semula Hero Pemanah pujaan K (LEGOLAS) beraksi semula dikaca tv. Bukan saja Legolas malah K sangat merindui pengembaraan pembawa2 cincin/ makhluk hobit yang comel dan kerdil iaitu Frodo, Sam, Merry dan Pippin. Selain itu jugak persahabatan erat serta kepercayaan antara satu sama lain antara 2 sahabat ARAGORN dan LEGOLAS yang sentiasa bergerak bersama sepanjang pengembaraan mereka menjadi pemburu tentera ORC, Sauron dan Uruk-Hai benar-benar telah menyentuh sanubari K sepanjang menonton filem tersebut.

Akhirnya, terubat juga rindu pada Legolas. Tak terasa juga, berputik kembali cinta K pada hero lama pujaan K. Honestly I said, before terjun dalam dunia celebriti Jepun ni, K merupakan penggemar fanatik aktor Hollywood selain HK dan Taiwan. And masa first time tengok Legolas, K mula adores dia sebagai Hero Pemanah Tercantik No.1 pujaan K. Jangan pulak korang anggap perkataan ‘Tercantik’ tu bermaksud Legolas ni lembut. Tak. Maksudnya di sini, watak Legolas ni unik sikit perwatakannya. Tak macam Hobit dan manusia lain seperti rakan seperjuanganya Aragorn. Legolas merupakan makhluf Elves (Elf Boy). Penampilan makhluk Elf ni memang indah dan menawan setiap mata yang memandangnya.

Berikut K Kongsikan Kelebihan & Keunikan LEGOLAS The Son Of THRANDUIL (Si Makhluk Elves) Dalam Filem LOTR;

cr pic to the owner

- Mempunyai fizikal serupa manusia namun mempunyai rupa bentuk telinga yang tajam, rambut lurus yang panjang x kira sama ada berwarna (hitam, coklat, putih, kuning muda), serta wajah yang mempesona bak penghuni syurga.
- Mampu meramal perasaan dan jiwa manusia dengan hanya melihat wajah dan menyelami anak mata manusia.
- Mampu mencium bau musuh yang berdekatan walaupun dengan jarak 3 batu.
- Tidak gagal dan sentiasa tepat dengan sasaran ketika memanah.
- Sentiasa mengira setiap satu demi satu makhluk yang dipanah.
- Tahu dimana kelemahan musuh yang sesuai dipanah.
- Sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berpeluh dan tidak mengalami sebarang luka semasa pertarungan.
- Pelindung setia makhluk Hobit
- Sentiasa bergerak bersama dan menjadi peneman setia ARAGORN
- Sentiasa meluahkan kata-kata yang penuh berbunga (ayat metafora) dengan maksud yang mendalam apabila menyelami persekitaran sesebuah tempat yang dikunjugi.

~~~ 

Itulah dia 10 kelebihan unik watak dan perwatakan LEGOLAS dalam filem LOTR yang menarik perhatian penontonnya satu ketika dahulu yang pastinya memberikan impresi yang mendalam terutama bagi peminat2 watak Legolas.

Baiklah pembaca K sekalian, nampaknya setakat ini saja coretan K kali ini mengenai Hero Pemanah Pujaan K, LEGOLAS.

Sebelum mengakhiri coretan, ada sedikit perkongsian photo editing yang K edit sendiri buat Legolas kesayangan K. Semua foto ini diedit oleh K sendiri sepanjang bulan Februari yang lepas menggunakan aplikasi PosterLabs.









Sesuai sangat dengan tajuk K hari ni iaitu, “Cintaku Pada Hero Pemanah LOTR LEGOLAS Berputik Kembali”  hahahaa… berputiklah sangat sampai habis semua pic Legolas K edit buat cantik2 khas untuk semua pembaca2 K yang sudi berkunjung tengok entry ni. Hehehee…

Hope you guys like it ^_^


*throws again my lovely Legolas gif. kyaa~~ why he's soo pretty (>_<)
credit gif to the owner

Always In Memory~LOTR Cast (Aragorn, Gandalf, Gimli & Legolas)

Jyaa, that’s all for today. Janee~

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad