Tuesday, December 15, 2015

My IDOL Is UNIQUE


Kenapa saya cakap idol saya seorang yang unik??

Hmm.. hari ni saya akan terangkan siapa agaknya idola saya yang unik dan istimewa ni ^_^
Baiklah, terlebih dahulu saya akan berikan contoh antara CIRI-CIRI yang patut ada pada seorang IDOL:-

Pertama, TAMPAN.
Kedua, SEGAK.
Ketiga, VERSTAIL.
Keempat, PETAH BERCAKAP TENTANG BENDA YANG HIGH CLASS.
Kelima, ACT AS DIVA.
Keenam, ACT MACHO DEPAN PEMINAT.
Ketujuh, JAGA KULIT/DIET.


Nampak perject je semua package yang ada dalam list kat atas, kan? And i'm sure bagi sesiapa yang yang mempunyai idol full package seperti yang saya nyatakan kat atas, pasti mereka  bangga dengan idol tersebut.

Namun, berbeza dengan idol kegemaran saya OHNO SATOSHI;





PERTAMA, Ohno saya tak tampan. He just simply good looking.

KEDUA, Ohno saya tak segak. Penampilan dia kumal je.

KETIGA, Ohno saya tak pandai berfesyen. Dia pun tak suka berfesyen. Senang citer, mak dia yang beli semua baju-baju dia. Or lebih senang dia terus tempah guna online.
             
KEEMPAT,  Ohno saya pendiam. Tak banyak cakap. Kalau ada pun cakap benda yang perlu je. Adapun tengok dia bukak mulut, 2 topik je dia akan mentioned, ibu dia dan hobi kesukaannya iaitu memancing.

KELIMA, semua tahu Arashi Super Idol kat Jepun tambahan lagi Ohno adalah ketua tapi dia tetap bercakap dengan penuh rendah diri dan sapa staff2 bawah yang bekerja dengannya.

KEENAM, Ohno ni jenis yang tak sembunyikan perwatakan dia yang sebenar,  tak kiralah depan peminat ataupun muncul di kaca tv. Pernah tak idol korang buat muka sleepy selamba je and korek hidung masa tayangan live kat tv??? Pelik kan. Dia macam tak kisah orang fikir apa pasal dia. Semua idol akan cuba control benda yang tak sepatutnya dibuat oleh seorang idol TAPI TIDAK dengan Ohno. Tengok personality dia kat tv, itulah dia.

KETUJUH, kalau masuk bab kulit, Ohno tak kisah kulit dia nampak tan disebabkan aktiviti memancing, asalkan dia bebas lakukan apa yang dia nak buat. Bab makan, bagilah apapun kat dia, dia akan makan dengan ikhlas. Sedap ke tak, GERENTI dia cakap “UMAII” (sedap).

Dan satu perkara saya thankful sangat tentang Ohno adalah cara bagaimana dia menghargai pemberian seseorang.

Kalau hari ni dia dapat gift dari member (baju), esok GERENTI dia akan pakai baju tu depan member dan tak miss cakap, “Its suits me very well”. Pernah sekali saya sob dengar Aiba cerita, “Masa saya kat luar negara, saya belikan kiub rubik untuk Riida dan esoknya dia bawa kiub warna-warni tu semula dan tunjukkan pada saya. Dia selesaikannya dengan cepat sekali. ”

Saya bangga dapat jadi peminat Ohno Satoshi.


Walaupun tak sehandsome TACKEY, tak seromantik DOMYOUJI atau sepintar DET.CONAN, apa yang penting, I simply love him just because the way he look soo normally. Just like me ^_^

Selain itu, Ohno saya walaupun ketua dalam kumpulan, tapi dia tak nampak macam ketua. Walaupun sering cakap “Leader is just a nickname”, namun begitu, kewajipan sebagai ketua dia tak pernah abaikan. Tanggungjawab membentuk 4 ahli semua terletak di bahunya. Jika anda kenal Ohno Satoshi dengan lebih dekat, anda pasti kagum dengan cara kepimpinannya membentuk setiap personaliti yang ada pada ahli Arashi.

SHO SAKURAI Dikenali dengan bakat rap nya serta pembabitannya sebagai seorang NEWSCASTER yang paling sibuk di Jepun membuatkan dia terus dilabelkan Best Male Japanese Showhost.
AIBA MASAKI Walaupun jarang membabitkan diri dalam lakonan, dia tetap dikenali di seluruh negara dalam pembabitanya menjadi pengacara dalam old variety Tensai Shimura Doubutsuen. Aiba menyelusuri sebahagian negara-negara Asia termasuklah ke Benua Afrika dalam mengendalikan rancangan berunsurkan dokumentari tentang haiwan.
NINOMIYA KAZUNARI Merupakan salah seorang BORN ACTOR Terkemuka di Jepun dan ahli yang paling banyak menerima anugerah Pelakon Terbaik. Filem debut pertamanya di Hollywood iaitu “Letters From iwo Jima” banyak memberi pengaruh besar terhadap karier lakonannya kerana pernah tercalon sebagai Best Supporting Actor di BerliN Film Festival pada tahun 2006. Selain itu, Ninomiya juga dikenali sebagai seorang composer yang berbakat dan banyak menghasilkan lirik bagi kebanyakan lagu2 Arashi.
MATSUMOTO JUN  - Matsumoto dikenali dengan bakat lakonannya yang mantap serta kehebatanya melakukan adegan romantik sejak dari drama Hana Yori Dango lagi. Selain dari bidang lakonan, siapa sangka ahli bongsu ini juga memainkan peranan utama disebalik tabir setiap kali Arashi menganjurkan konsert jelajah besar-besaran. Setiap sudut dari pandangan penonton turut diteliti bagi memberi keselesaan pada setiap pengunjung yang datang. Jika anda masih teringat dengan penggunaan kali pertama “moving stage” pada tahun 2005, ianya merupakan hasil cetusan idea dari MJ. Selain itu, MJ juga diberi peluang mempamerkan bakat DJnya yang mana telah dipersambahkan pada konsert POPCORN yang diadakan pada tahun 2012.

Dan jika dilihat pada personality setiap member, masing-masing mempunya karier seni yang tersusun dan teratur. Tiada satu pun yang kurang atau lebih dari satu sama lain. Walaupun dengan pembabitan seni yang berbeza dan masing2 mempunyai komitmen yang tersendiri dalam mengendalikan urusan karier secara individual,  mereka masih mampu bersatu dalam satu kumpulan.


Disini boleh dilihat bagaimana Ohno sebagai seorang ketua sama sekali tidak mengenakan batas terhadap apa jua perkara yang ingin dilakukan oleh ahlinya untuk menunjukkan pada dunia, apa keistimewaan yang ada pada setiap diri mereka.
KEBEBASAN dalam memilih apa yang ahlinya suka lakukan dan dia sebagai seorang ketua hanya memimpin dari belakang, melihat setiap jatuh bangun mereka, dan sentiasa ada disamping mereka, menghulurkan tangan setiap kali ahli memerlukan, dan disitulah orang lain melihat siapa disamping mereka jika bukan dengan seorang KETUA yang sentiasa memerhatikan mereka dan sepertimana yang semua fans tahu umumnya, “No matter what happen, the storm will always remain close” ayat2 yang tidak lekang dari mulutnya agar sentiasa memberikan ahli2 nya suntikan semangat untuk terus bangkit sebagai idola yang yang sentiasa menjajinjikan kegembiraan untuk peminat2nya, bukan tangisan.


Dan begitulah uniknya perwatakan satu-satunya ketua dalam kumpulan Arashi yang sekaligus merupakan idola pujaan saya sejak di bangku sekolah lagi. Cetusan personaliti unik yang ada pada Ohno Satoshi membuatkan saya amat bangga dapat mengenali beliau selain dapat menjadi peminat beliau yang banyak memberi inspirasi kepada saya untuk terus menjadi insan yang rendah diri serta tidak perlu banyak bercakap tentang sesuatu yang tidak perlu. Dan antara salah satu quotes Ohno Satoshi yang saya gemari ialah, “Do your job properly and stop complaining the others”.



I glad being an Arashi fan. Riida, Deaite Yokatta ^_^

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad