Sunday, December 06, 2015

Ezra Miller Lelaki Cantik Seiras Matsumoto Jun


Jika sebut pasal Putera F4 dari Hana Yori Dango Tsukasa Domyouji, siapa tidak kenal akan lelaki tampan Matsumoto Jun dari boyband terkenal Jepun, Arashi.


Dan seperti yang peminat umum tahu beberapa tahun sebelum ini yang pernah viral dilaman sosial mengatakan seorang artis Hollywood Ezra Miller mencetus fenomena sensasi apabila ramai yang mengatakan wajah aktor tersebut sangat menyerupai Matsumoto Jun.


Dan ekoran dari peristiwa tersebut sedikit sebanyak telah mengangkat nama Ezra Miller di persada seni hiburan tanah air dek kerana masyarakat terutamanya fanbase Arashi yang mula menggelarnya sebagai Matsumoto Jun versi Amerika.

Jadi, kalau nak tahu sejauh mana irasnya wajah aktor tampan Ezra Miller ni dengan Putera Domyouji, Matsumoto Jun, jom saksikan beberapa foto Ezra Miller yang K insertkan kat bawah. Dozou!
 







Dan berikut merupakan serba sedikit mengenai profile latar belakang Ezra Miller;




Ezra Matthew Miller atau lebih sinonim dengan gelaran Ezra Miller lahir pada September 30 1992 (23 tahun) merupakan seorang aktor, penyanyi, ahli muzik dan seorang model.

Dikenali ramai melalui wataknya sebagai Vincent “Vinnie” Rizzo Jr. dalam filem City Island (2009), Elliot Hellman dalam Another Happy (2011), dan Kevin dalam We Need To Talk About Kevin (2011). Pada tahun 2012, Erza Miller turut membintangi drama remaja The Perks Of Being A Wallflower bersama Logan Lerman dan Emma Watson. 

Selain itu juga, beliau juga memainkan watak sebagai Leon Dupuis dalam adaptasi oleh Sophie Barthes iaitu  melalui novel Gustave Falubert iaitu Madame Bovary. Terbaru, produksi dari Warner Bros. telah mengumumkan bahawa beliau akan beraksi sebagai protagonist utama dari adaptasi filem live-action watak DC Comic, The Flash yang bakal berada diedarkan pada tahun 2018.

Sumber:
https://en.wikipedia.org/wiki/Ezra_Miller

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad