Friday, August 29, 2014

Kemeriahan Ulangtahun Merdeka Di Bumi Saratok


Hai ^_^
Assalamualaikum semuanya~

Hari ini tanggal 29 Ogos 2014 hari Jumaat. Selang 2 hari lagi (31 Ogos 2014) kita (seluruh  rakyat Malaysia di Semenanjung tanah air serta Sabah dan Sarawak) bakal menyambut hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke57.

Dengan tema tahun ini yang berkonsepkan “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta…”  sesuai dengan lagu dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad seperti yang sering kita dengar di seluruh radio mahupun video yang ditayangkan pada setiap rangkaian media di TV, ia jelas memberikan definisi yang luas mengenai maksud DI SINI (Malaysia) LAHIRNYA SEBUAH CINTA iaitu sepertimana yang ditekankan bahawa seharusnya berbanggalah kita menjadi rakyat di bumi bertuah ini kerana disinilah lahirnya semangat cinta akan negara yang seharusnya menjadi pedoman buat yang tua, pelajaran buat belia dan akhir sekali didikan buat generasi-generasi masa depan yang seterusnya agar sentiasa memupuk semangat patriotisma dalam diri mereka serta sentiasa berjuang demi membuktikan cinta terhadap negara.

Dan bersempena dengan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang Ke57 tahun ini, K ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat beberapa coretan istimewa mengenai kemeriahan suasana tempat kelahiran K (Saratok,Sarawak) yang mengendalikan beberaapa aktiviti kibar jalur gemilang di setiap pelusuk Kampung Melayu Saratok dan turut juga disertakan  pertunjukan reka cipta hand-art mengenai bahan-bahan berbaur kemerdekaan serta peninggalan sejarah lama yang antik dan sekaligus mercu kebanggan rakyat Malaysia setelah dikecapi kemerdekaan pada tahun 1957.

Signboard ulangtahun kemerdekaan di Jalan masuk Kampung Masjid Saratok

Jalur gemilang memenuhi sudut perkarangan rumah penduduk di Kpg Masjid Saratok

Kampung Masjid Tengah

Kampung Tanjung

Jalur gemilang yang berkibar terus dari satu arah yang lurus sebelum meninggalkan Kampung Bunga Raya.

Signboard ulangtahun merdeka di laluan masuk Kampung Bunga Raya Saratok.

Menuruni jambatan Sungai Melango sebelum melalui Kampung Melango Baru Hulu.

Kampung Melango Baru Hilir

Mercu tanda Twins Tower KLCC hands-art  yang dibina berdekatan Pintu Gerbang Kampung Melango Baru Hilir.

Kampung Melango Lama Hulu

Replika kereta kebal hands-art (buatan tgn penduduk Kampung Melango Lama Hulu) yang memukau para pengunjung. Awesome, isn't it?

sempat jugak ambil gambar ayam kampung yang melintas jalan sebelum memasuki lorong kanan menuju ke Lot Wawasan Kampung Melango.

Signboard ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke57 di laluan simpang 3 Lot Wawasan Kampung Melango Lama

Tidak lupa juga kepada signboard yang memberikan info berharga mengenai bekas-bekas Perdana Menteri yang mentadbir Malaysia selepas kemerdekaan sehingga kini.


Laluan menuju ke hilir yang menggabungkan Lot Wawasan dengan Kampung Melango Lama Hilir turut menjadi laluan utama pengunjung yang merasai kemeriahan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke57.

Rekaan kapal yang dipenuhi bendera2 kecil Malaysia dan Sarawak juga turut menjadi perhatian pengunjung.

Simbolik 2 bilah keris yang tersergam utuh di hujung kampung Lot Wawasan Kampung Melango Lama Tengah yang menjadi tarikan utama masyarakat yang berkunjung di Kampung Melayu Saratok.

Walau sunyi tanpa kelibat penduduk, jalur gemilang tetap berkibar di saat2 akhir di Kampung Melango Lama Hilir.


Dan sekian saja coretan K hari ini mengenai topik ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke57 dan diharap pengunjung tempatan mahupun pengunjung luar berpuas hati menikmati pemandangan kemeriahan suasana menyambut kemerdekaan di Kampung kesayangan yang tidaklah seberapa ini, namun K tetap bangga menjadi salah seorang penduduk di Kampung Melayu Saratok ini. Semua shot ini diambil sendiri oleh K serta dibantu adik K (Aisya) yg sudi menemani K untuk mengambil shot yang terbaik buat tatapan para pengunjung blog.


my imoto kun dessu! Aisya ^_^


What are u looking for Aisya? Just take a look at cam.

yeah! that's what i mean.

Dan akhir sekali, ucapan K buat seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama, mahupun bangsa ataupun berbeza etnik…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57.

Teruskan amalan kibar jalur gemilang di tempat anda sepanjang/sempena bulan kemerdekaan Malaysia dan semoga tanah air kita terus diberkati oleh rahmat Tuhan, dipelihara kedamaian dan dikecapi keamanan serta terus dibimbing pemipin berdikari yang berjiwa kental serta penuh tanggungjawab dalam mengendalikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.

SARATOK tempat lahirku dan DI SINI LAHIRNYA CINTA ku pada NEGARA.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad