Monday, April 21, 2014

Selamat Datang Ke Kelas Yang Menyeramkan


Anime : Zekkyo Gakkyu (Screaming Lesson/Kelas Jeritan)
Theme : Selamat Datang Ke kelas Yang Menyeramkan


Zekkyo Gakkyu adaalah siri manga Jepun di bawah genre Shoujo hasil tulisan dan ilustrasi Emi Ishikawa. Siri manga ZK telah disiarkandi majalah Ribbon terbitanShueisha bermula taahun 2008. Manga seram dan misteri ini berbeza daripada mmaanga biasa kerana ia mengumpulkan koleksi kisah pendek yang bertemakan seram yangtelah disampaikan oleh hantu seorang gadis dikenali sebagai Yomi. Siri ini turut diadaptasi ke dalam Bahasa Perancis oleh Tonkam. Siri ini turut memenangi Anugerah Manga Shigakukan ke-59 dalam kategori Manga Kanak-Kanak Terbaik.

Pada tahun 2010, ZG telaah dijadikaan “Vomic” (komik alih suara) yang dibintangi oleh Tomomi Kasai, Moeno Nito, Haruka Ishida dan Reina Fujie yang merupakan ahli idola wanita terkenal Jepun, AKB48


Siri ini turut diadaptasi ke dalam aksi sebenar  yang telah ditayangkan di pawagam 14 Jun 2013. 

Period 34 HELLS CLOCK - Part 1


First period THE DEVIL GAME

Manga oleh Ishikawa ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Yomi yang memberitahu pembaca tentang pelbagai kisah hantu. Ishikawa memulakan siri pada tahun 2008 dan sehingga Februari 2014, sebanyak 13 jilid telah dikeluarkan.

PLOT


“Selamat datang Ke Kelas Seram”
Anda akan dibawa untuk mengembara ke dalam dunia tersembunyi di sebalik kehidupan seharian. Untuk kelas ini, anda tidak perlukan buku teks atau nota, tetapi anda perlukan persediaan untuk pelbagai kejadian yang menakutkan yang tidak dijangka akaan berlaku.

Watak utama adalah Yomi tetapi anda bukan hanya akan mengikuti Yomi selaku watak utama. Setiap bab mempunyai watak utamanya, iaitu pelajar sekolhbiasa di mana akhirnya jalan cerita akan tamatdengan menakutkan atau tidak masuk akal. Tetapi setiap jalan cerita sangat menarik dan ia tidak sukar untuk diikuti kerana anda hanya akan membca satu jalan cerita bagi setip bab. Apa yang pasti watak-watak dalam kisah pendek ini kadang kala agak “nakal” atau “penuh rasa cemburu”.

Terdapat pelbagai kisah akan dihidangkan dimana setiap satunya sentiasa memiliki moralnya tersendiri. 


Sama seperti siri Struwwelpeter (buku kanak-kanak dari Jerman oleh Heinrich Hoffmann untuk memberi pengajaran tetapi dengan cara yang agak kejam) tetapi ZG lebih menyeramkan jaln ceritanya selalunya memiliki corak ynag sama. Seorng gadis yang hampir berpuas hati dengan hidupnya tetapi ada sesuatu yang tidak dimahunya serta mahu berubah. Jadi dia telah mencuba sesuatu sehingga meminta pertolongan hantu tetapi pada akhirnya, dia akan dihukum oleh hantu tersebut! Yomi kemudian akan memberitahu pembaca untuk tidak melakukan perkara yang sama. Misalnya, jika satu-satu watak cemburukan temannya tetapi tersilap langkah pada akhirnya, Yomi akan memberi pesanan supaya sayang pada temaan sendiri walaupun mereka jauh lebih baik. Walaupun ia mungkin mempunyai corak yang sama,  kesemua jalan cerita sangat berbeza. Malah , ia juga amat menakutkan.

YOMI


Yomi adah seorang gadis hantu tanpa kaki.
Dia mempunyai rambut yang berwarna keperangan dan merupakan guru untuk “kelas jeritan”
Dia pada asalnya merupakan mangsa buli di sekolah.
Dia kemudiannya menemui pelajar lain yang turut pernah dibuli dan menjadi teman baiknya.
Yomi berpura-pura sedng membuli temannya itu dan menolakya jatuh dari bumbung sekolah.
Sebenarnya, Yomi telah membuat satu peraancangan untuk melakukan letupan dan membunuh semua orang yang berada di dalam bilik kelas, termasuk dirinya tetapi dia mahu menyelamatkan temannya dari turut terbunuh bersamanya. Hanya temannya terselamat dari letupan ini. Dalam letupan ini juga tubuh Yomi terbelah dua dan bahagian bawah tubuhnya tidak pernah dijumpai. Hantu Yomi masih berada di dalam sekolah ini dan sekiranya ada pelajar pergi ke bangunan sekolah ini pada jam 00:00 malam tahun baru sambil membawa hadiah, Yomi akan memenuhi apa-apa saja permintaan.


credit pics goes to
animeymanga99.blogspot.com
asianwiki.com
mangareader.net
zerochan.net
fathersforlife.org

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad