Friday, October 02, 2015

Aktor Jepun Dengan Senyuman Paling Menawan



Assalamualaikum, salam sejahtera, konnichiwa para pembaca sekalian ^_^ 
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam entry kali ini yang bertajuk “Aktor Jepun Dengan Senyuman Paling Menawan”. Haaa… nampak pelik tak tajuk entry kita kali ni? Huhuhuu…
Disebabkan dah lama berkecimpung dengan dunia artis Jepun ni dan sebati dah sangat tengok diorang muncul kat kaca tv mahupun laptop tak kira samada berlakon, mengacara ataupun hadir dalam sesebuah variety tv, hari ni K dah siapkan coretan istimewa buat pembaca sekalian mengenai TOP12 List Aktor Jepun kegemaran K, yang mana telah menawan dan memikat hati K tatkala melihat mereka tersenyum.



12.  Marius Yo (Sexy Zone)
- dia ni salah seorang member kumpulan Sexy Zone. Tengok muka dia ni memang unik sikit sebab al maklumlah dia ni berdarah kacukan Jepun-Jerman. Kalau tak dilihat dengan teliti ramai yang sangka di ni perempuan, dia senyum pun dah macam perempuan. Hehehee… apapun, menawan kan senyuman dia? Tipu kalau tak terpikat. Banyak peminat dia ni.

11. Taguchi Junnosuke (Kattun)
- Juno ni pulak antara anggota paling cool dan pendiam dalam kumpulan Kattun. Namun begitu dia sentiasa dirujuk sebagai ahli yang paling suka senyum. Apa-apa keadaan pun wajah dia tetap maintain je senyum. Dan kalau dilihat dari segi rupa, ada nampak iras Hero Jaejoong (DBSK) dah aku tengok. Dan kalau nak tahu disebabkan senyuman dia nilah antara sebab aku masih stay jadi peminat Kattun . hehehee… (honestly minat dia ngn Kame XD)

10. Haruma Miura
- Miura ni first time kenal dia masa tengok Koizora (Sky Of Love) gandingan heroin dengan Yui Aragaki tu. Pasti ramai yg kenal kan dan pasti ramai terpikat dengan stail rambut dia yang ala-ala Cloud (FinalFantasy) ditambah pulak dengan senyuman dia yang huuhh~ tak sah kalau tengok tak terpikat. Ramai yg first je tengok Miura ni akan jadikan dia idola kesukaan. Sebab apa? Of course lah sebab wajah handsome mix dengan senyuman dia yang hmm.. x tahu nak cakap ape. Memang (thumbs up!)

9. Miake Ken (V6)
- Lama rasanya tak buka topik pasal Ken dari (V6) ni kan? Dia ni antara salah satu member kegemaran K together with Morita Go. Ken dan Go antara ahli paling rapat dalam V6, macam Ohno dan Nino (ARASHI), kenal kan? Huhuhuu… terinsert pulak member Arashi. Xpelah. Sama agensi tu. Nak tengok senyuman Ken paling ceria ni x mudah kalau Go takde kat samping dia. Sebab tu lah suka tengok dia dengan Go, sebab Go satu-satunya member yang suka berhibur dengan Ken dan buatkan Ken tersenyum ceria.


8. Chinen Yuri (HeySayJUMP)
- haaa… terpikat tak dengan senyuman budak kat atas tu? Chi ni member ketiga paling bongsu HSJ selepas Morimoto Ryutaro (left JE) dan Arioka Daiki. Ramai artis dari agensi yang sama puji wajah dia ni sangat comel ditambah pula dengan keserian senyuman di wajahnya yang mampu menawan sesiapa saja yang melihatnya. Dalam HSJ dia ni antara member yang punya kawalan vokal yang mantap yang sering cover voice member2 lain, kalau dengar high pitchy voice dekat lagu HSJ, suara dialah tu. Eh, tetiba pulak masuk topik suara, huhuhu… Kalau nak tahu tak dari siapa Chi ni dapat waris muka comel, senyuman menawan dan kawalan vocal yang hebat macam tu, of course lah dari idol kesukaan dia Ohno Satoshi. Hahahaa.. lupa nak cakap dia ni fanboy Ohno. Dia pernah cakap kalau dia teringin sangat nak jadi macam Ohno. Muka cute, senyum sweet, vocal hebat, apa lagi. Kan dah jadi macam Ohno tu. Huhuhuhuu…

7. Nakayama Yuma (NYC)
- Haa.. next pulak Nakayama Yuma. Vampire remaja lelaki paling cantik di Jepun dalam filem (Koishite Akuma <Love Of The Devil>). Kalau dah tahap vampire paling cantik tu, korang tentu boleh bayangkan macam mana tahap senyuman dia. Kalau faham takpe, tak faham sudah. Hahaa.. Selain dari punya senyuman yang cantik dia juga mempunyai sepasang mata dengan bentuk yang lentik. Siapa tak terpikat tengok idol ada pakej macam tu. Tapi rather than acting , K lebih suka tengok dia menari and menyanyi, caz dekat situlah kalau nak tengok senyuman dia paling menyerlah. So, nak tahu secantik mana senyuman NY ni, cer try watch PV SKY HIGH (with NYC Boys). Kat situ jugak ada Yamada Ryosuke dan Chinen Yuri yang pernah berada dalam unit yang sama dengan NY. Jangan pulak nak jatuh hati dengan budak2 tadika yang berterabur dekat belakang tu ye. Hahahahaa…

6. Kyosuke Hamao
- Kyosuke Hamao dikenali ramai dengan wataknya sebagai Eiji Kikumaru iaitu generasi keempat Seigaku dalam muzikal bersiri Prince Of Tennis. Tahun 2010 pulak ramai budak kenal watak dia sebagai Aguri/Black Gosei dalam Tensou Sentai Gosenger yang pernah ditayang kat RTM sebelum ni. Dan antara hit movie dia ialah cerita berunsurkan gay yang mempunyai 4 siri iaitu TAKUMI KUN gandingan bersama Watanabe Daisuke. Pada Oktober 2013, Kyosuke mengishtiharkan berhenti dari dunia lakonan to pursue an academic degree dengan harapan menjadi seorang peguam. Mulai berhenti sepenuhnya pada hujung Februari 2014. Tu serba sedikit mengenai latar belakang Kyosuke yang rasanya belum pernah K cerita kat mana2 entry K sebelum ni. Tak pe kan, kalau cerita sikit kat sini. At least pembaca tahu siapa tu Kyosuke Hamao. K ni memang peminat dia sejak dari citer TAKUMI lagi (too bad caz it’s gay movie) tapi jujurnya lakonan dia memang mantap walaupun banyak menerima kutukan. Tak boleh nak salahkan dia jugak caz diorang pun dibayar. Bukan nak adores citer gay tapi lakonan Kyosuke as Takumi memang SUGOI! K sob habis depan skrin. Walaupun sekarang Kyosuke dah berhenti, K tetap sayang n minat kat dia and sentiasa support cita2 dia untuk kejar kerjaya sebagai peguam. Orang mungkin tak kenal sangat dengan Kyosuke ni sebab dia berkecimpung tak lama dalam industri hiburan ni dan sebagai fans yang diberi kesempatan mengenali Kyosuke Hamao, K rasa bertuah dapat kenal dan tengok senyuman dia yang tak kurang hebatnya dan senyuman dia ni jugak masih kekal kat minda K sampai sekarang. Indeed.. K katakan, ada sesuatu yang tersembunyi disebalik senyuman Kyosuke yang menawan yang x ramai fans dapat tahu apa disebalik senyuman paling indah itu. Sebab tak semua senyuman paling menawan beererti seseorang tu hidup bahagia. Kadang2 jugak ada terselit luka yang tak mampu untuk dikongsi. Apapun yang berlaku atau dimanapun Kyosuke berada sekarang, K sentiasa harapkan dia happy dan kekalkan senyuman dia yang sentiasa dirindui K dan fans yang lain~

5. Gackt
- Seterusnya ialah GACKT, artis Jrock/Visual Kei yang paling berpengaruh di Jepun dan digelar Putera Stoic No.1 Jepun. Uwaaa.. hebat kan pengaruh Gackt ni kat Jepun. Kalau kat Malaysia, dia ni dah macam Amy Search. Kat Jepun, semua orang kenal Gackt. Kat variety pun penerbit tak miss jemput dia. Orang kalau sebut pasal Rock dan khasnya Visual Kei di Jepun, orang pasti ingat artis bergenre kan macam tu, imej wajah dia strong, kuat and nmpak bengis. Actually, mana ada macam tu, imej rock pun, dalam hati ada taman beb. Macam Gackt, dia senyum sempoi je, cantik lagi tu. Kalah artis perempuan. Huhuhuu… Bukat setakat Gackt je, malah Reita (The Gazette) yang pakai mask dekat muka tu pun peminat pernah puji senyuman dia yang comel. Hehehee.. mencelah pulak pasal Reita. Apapun, rock ke tak rock, setiap orang ada penampilan tersendiri. Tahun 2011 dulu K ada tengok Arashi ni Shiyagare, Gackt yang jadi guest. Huhh.. memang cair habis tengok senyuman Gackt masa tunjukkan demontrasi tips paling betul cara makan “cream puff”. Menjerit habis penonton kat studio.

4. Yuya Tegoshi (NEWS)
- Yuya Tegoshi ni antara ahli yang still stay with NEWS. Selain dari memiliki wajah feminine dan sesuai jadi boy cross dressing, ramai yang akur akan kecantikan senyumannya yang seiras perempuan. Rasanya dah berapa kali aku ulang idol lelaki jepun ni yang senyum macam perempuan? Entah apa yang diorang amalkan sampai senyum pun nampak macam perempuan. Apapun, tak sah kalau tak jatuh hati dengan senyuman Tegoshi ni kan.

3. Ohno Satoshi (ARASHI)
- haa.. tiba pulak giliran idol kesayangan K, Ohno Satoshi ^_^ senyuman Ohno antara senyuman paling comel and sweet kesukaan K. Banyak fans Arashi cakap Ohno ni selain comel, dia jugak mudah disayangi pertama kali jumpa. Disebalik perwatakannya yang pendiam, dia ni ada aura yang buat orang tertarik iaitu cara dia yang sopan dan slow bila bercakap serta senyuman menawannya yang menyerikan wajahnya yang secomel bayi. Ada nampak macam baby tak? Huhuu... tu dari perspektif yang K lihatlah. Koichi Dohmoto Kinki Kids dulu pernah bagitahu kat Ohno dekat  Wink Up Message Board “Ohno, berapa umur awak? Tahu tak dengan wajah awak ni, awak boleh jadi usia apapun!” huhuhuu.. luculah Koichi Dohmoto.  Apapun, Ohno ni walaupun umur dah cecah 34 tahun, wajahnya tetap maintain 25 tahun. Recently dekat rancangan VS ARASHI, yang mana guest diorang masa tu bintang bola sepak Brazil, Neymar pun salah teka umur dia 22. Dan kadang2 bila asyik tertawa dengan suara dia yang serak basah tu, rupa dia dah seakan budak 10 tahun pulak. Hahahaa… Walauapapun, senyuman Ohno yang sweet dan secomel budak ni lah merupakan first thing yang buat K jatuh hati dengan Ohno. Payah nak buang senyuman bright dia yang sentiasa melekat dalam ingatan K.

2. Oguri Shun
- Haa… actor seterusnya pulak dengan senyuman paling menawan pilihan K ialah Putera rambut perang anggota F4 (HYD), tak lain tak bukan Hanazawa Rui. Macam Ohno, senyuman dia pun nampak macam baby. Terutama lagi bila dia dipadankan dengan watak yang suka pakai baju warna putih. Bertambah lagi seri senyuman dia. Dalam HanaDan, memang jarang nampak dia senyum sebab di ni lebih kearah penampilan cool daan bersahaja. So, bila tonton drama HanaDan kena fokus part Hanazawa Rui betul2, barulah boleh nampak keindahan senyuman Rui. Memang berharga senyuman Rui ni~


1. Kokkei Teppei
- Kokei Teppei kali ini mengunguli carta teratas Aktor Jepun Dengan Senyuman Paling Menawan pilihan K. haa.. cakap pasal KT semua remaja luar sana pasti kenal dengan boy yang miliki senyuman paling menawan dalam industri hiburan Jepun ni kan? Siapa tak kenal Kokkei, Prince charming idaman seluruh gadis2 remaja diluar sana tak kira dari Jepun mahupun luar negara. Macam Ohno dia ni pun antara salah satu actor yang maintain young dan muka memang tak pernah nampak dewasa. As well as Ninomiya Kazunari, dia jugak digelar idol youth 17. Usia young mix dengan senyuman menawan bak prince charming menjadikan dia sebagai salah seorang Aktor Jepun yang menjadi ikon lelaki IKEMEN (lelaki cantik) yang popular di Jepun.

Baiklah pembaca semua, itulah saja coretan K mengenai entry hari ini iaitu TOP12 Actor Jepun Dengan Senyuman Paling Menawan. Jadi, adakah idol pujaan hati anda termasuk dalam list yang K senaraikan diatas? Kalau ada, Omedetou K ucapkan. At least ada jugaklah idol korang dalam pemerhatian K dalam mencari TOP12 Aktor Jepun Dengan Snyuman Paling Menawan kan.

Sebenarnya banyak lagi actor Jepun yang memiliki senyuman paling menawan ni tapi list kat atas tu hasil dari pemerhatian dan kegemaran K semata-semata. Jika ada sebarang komentar yang ingin dikongsikan mengenai  topik entry K hari ni, luahan, pendapat atau sebarang komen (kecuali spam) sangat dialu-alukan ( ^_^)V


No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad