Monday, September 16, 2013

Sarawak Ku Yang Satu



Puteri Saratok kembali,
Gegarkan laman Blog pertama kali,
Alunan semula disiarkan dalam sehari,
Apa ditunggu lagi,
Ku perkenalkan diri,
Aku Yamamoto Kei,
Junjung kasih menyembah bumi.


Sarawak,
Terbahagi pada 9 bahagian,
Dari Kuching ke Limbang,
Bintulu dekat sempadan,
Bahasa berlainan,
Sungai Ranjang terpanjang,
Semangat bujang senang,
Bila lagi nak menang?

Jangan lupa hah,
Singgah ke Satok,
Beli ikan Telubok,
Laksa Sarawak, ABC dan Laksa Mee Kolok,
Dah makan “Aok”
Dah kenyang “Aok,
Mun maok, kita jumpa lagi esok.

Ada bezanya bahasa,
Berbagai-bagai bangsa,
Selain India dan China,
Ada Iban, Kelabit, Kayan…
Ibarat awan berkumpul menjadi taufan,
Jangan beri alasan,
Kan selalu moyang berpesan,
Ingat! Ingat!
Agik Idup Agik Ngelaban!

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung negeri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Begitulah sejarah silam lagenda 
Puteri Santubong dan Sejinjang,
Melambangkan keayuan
Gadis negeri Bumi Kenyalang,

Pergi dari Miri ke Kuching,
Turun lagi ke Sibu,
Sebelum ke Limbang
Kita singgah bahagian Bintulu,
Suasana istimewa,
Diawani langit biru,
Rasa terpesona,
Bergemuruh rasa hatiku.

Agama, budaya,
Serta pelbagai tradisi yang unik sekali,
Bumi Kenyalang nama diberi,
Melihat keindahannya,
Keunikannya,
Serta kemodenannya,
Semua terpegun ternganga,
Hidup aman sentosa,
Tak usah kau curiga,
Takkan puas rasanya,
Jika semalam sahaja.

Bandaraya, taman,
Dengan warna-warnian,
Tidak dapat ditenangkan,
Hatimu mula berkocakan,
Alam semula jadi,
Suasana harmoni,
Pemimpin berdikari,
Inilah tempat lahirku,
Tempat menimba ilmu,
Tanah tumpah darahku,
Tak perlu kau ragu-ragu,
Sarawak KEBANGGAANKU,
Tiada lain di Malaysia,
Hanya engkau, engkau,
Engkau Sarawakku yang Satu.


Some credit by me,
Note : I do not own this, personally this belong to M.I.X feat. Dewi originally from “Puteri Santubong” song.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad