Saturday, January 23, 2016

Ciri-Ciri Orang Jepun Yang Patut Diterapkan Dalam Kehidupan Seharian Kita


Assalamualaikum minasan, Konbanwa ^_^


Hari ni K ingin berkongsi tentang beberapa ciri-ciri orang Jepun yang patut kita terapkan dalam kehidupan seharian. Sebenarnya banyak lagi ciri-cirinya, tapi apa yang k senaraikan di bawah adalah antara yang penting la. Baca dengan hati yang terbuka ye ;)


1.  MENEPATI MASA

Well, ciri menepati masa ni memang sinonim dengan masyarakat Jepun. Satu saat bagi orang Jepun memang sangat berharga. Sebagai contoh, kalau kita berjanji ingin berjumpa dengan mereka pada pukul 3:00 petang, pastikan minna berada di tempat yang dijanjikan 10 minit lebih awal (atau sekurang-kurangnya pukul 3:00 petang la) supaya mereka tidak tarik muka kalau kita terlewat (hatta seminit lewat pon). Orang Jepun ni kalau kita lewat, memang cari nahas lah jawabnya. Sejujurnya, K sendiri pun masih lagi melatih diri untuk menepati masa supaya saya boleh bekerja dengan baik bersama orang-orang Jepun pada masa akan datang.

P/S : Lagi bagus kalau kita dapat datang lebih awal dari orang Jepun bila berjanji. Bagi mereka ternganga sikit dengan kita orang Melayu. Bagi mereka good impression tentang orang Melayu. Tak ker bangga bila bangsa yang maju macam orang Jepun kagum dengan kita, orang Melayu..kan?perjuangan tu ;)


2.MENJAGA KEBERSIHAN

Orang Jepun juga terkenal dengan sifat pembersih mereka. Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di stesen keretapi, kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Berbeza sikit dengan keadaan kebanyakan tandas di Malaysia ni. Bukan nak mengutuk tapi memang betul la kan. Itulah realitinya. Walaupun kita ada pekerja yang membersihkan tandas-tandas tapi keadaan kebanyakan tandas di Malaysia ni masih lagi daif. Sebab apa? Sebab attitude. Kita tidak dididik dengan betul-betul untuk menjaga kebersihan semasa di sekolah dahulu. Betul tak?

Lain ceritanya dengan orang Jepun di mana mereka telah dididik untuk menjaga kebersihan sejak di bangku sekolah lagi. Yang ni K akan huraikan dengan lebih lanjut pada masa akan datang dalam artikel mengenai sistem pendidikan di Jepun.



3.  JUJUR

Yang ni satu lagi ciri-ciri orang Jepun yang patut warga Malaysia contohi iaitu Jujur. Kes-kes seperti kecurian sangat jarang berlaku di Jepun. Kadangkala kita selalu terlupa untuk mengunci pintu rumah apabila keluar rumah ataupun tertinggal barang kat tempat awam, tapi Alhamdulillah selamat. Yang ni sinonim. Minna akan selalu jumpa pelancong atau orang-orang yang baru balik dari Jepun berkongsi cerita macam mana mereka tertinggal barang di sesuatu tempat tapi barang mereka tu tak hilang pun. Kan? ;)

Boleh praktikkan di negara kita tak rasanya? Jawapan K, boleh saja. Tapi nak melentur tu biar la dari rebungnya. Baru efektif (tak faham takpe hahaha :p)


4. RAJIN MEMBACA

Sifat rajin membaca ni sangat wajib dicontohi oleh semua orang. Membaca itu jambatan ilmu. Dengan ilmu lah kita boleh maju. Sebab tu orang Jepun maju. Sebab kat mana-mana pun kita boleh nampak mereka membaca.

Jadi kalau kita nak sama maju macam orang Jepun (atau at least, setapak lebih maju dari sebelum ni), rajinkan diri membaca la ye. Tak rugi pon ;)

P/S : Bahan bacaan pon kenalah yang ilmiah..bukan komik atau majalah hiburan saja semata-mata..pelbagaikan bahan bacaan itu lebih baik


5.  TEKUN BEKERJA SERTA BERTANGGUNGJAWAB

Ini antara ciri-ciri mereka yang amat K kagumi dan K praktikkan setiap hari dalam usaha untuk mengejar impian2 K. Hebat mereka ni. Tak kira pekerjaan apa sekalipon, mereka sangat komited dengan kerja masing-masing. Tak hairan lah kalau mereka ni workaholic sampai ada yang tak reti nak balik rumah. Bekerja 12-14 jam sehari tu biasa bagi mereka. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Actually ada pro dan kontranya. Pronya sebab kegigihan bekerja mereka ni lah membuatkan  mereka maju. Kontranya sebab terlalu keduniaan. Mengejar dunia semata-mata sebab tu kerja macam takde hari esok (Sebagai orang Islam, jangan la kita bekerja kerana mengejar dunia semata-mata ye..betulkan niat). Apa yang penting, kita ambil yang pro, sifat mereka yang rajin dan tekun bekerja tu wajar kita contohi supaya kita boleh memajukan bukan setakat diri sendiri, tapi juga bangsa dan negara.  ;)


6.  SISTEMATIK

Haha. Ini pon satu lagi ciri-ciri mereka yang amat K kagumi dan K cuba untuk contohi dalam kehidupan seharian K. Apa yang dimaksudkan dengan sistematik tu? Contoh lah, sistem pembuangan sampah/kitar semula. Di Jepun, mereka telah tetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan. Lebih berfokus serta sistematik. Bagus kan?

Di Malaysia pun ada juga sistem seperti ini (bukan tak ada langsung) tapi mungkin kerana kita sendiri tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berkesan. Sekali lagi ini semua bermula dengan pendedahan awal di peringkat sekolah. Jika di sekolah lagi kita sudah dididik untuk menjaga kebersihan secara sistematik, In shaa Allah kita boleh jadi sehebat orang Jepun.

** Antara contoh lain ialah sistem dan jadual perjalanan keretapi/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Sistem penghantaran barang yang cekap dan fleksibel. Dan banyak lagi.


Baiklah minna, setakat ini saja yang K boleh kongsikan bersama. In Shaa Allah yang baik kita terus praktikkan ye ;) terutama jika minna pencinta negara Jepun, belajar untuk contohi ciri-ciri mereka yang baik. Tentu sekali kita mahu mereka kagum dengan kita kan? (^_^)v

Jya minna, bercakap tentang Jepun, berminat tak untuk pelajari bahasa Jepun secara online?

BJBHB ada sediakan perkhidmatan pembelajaran Bahasa Jepun secara online. Jika berminat, sila Like page dan PM kami untuk info lanjut ye ^_^

Saya suka nak nyatakan di sini yang BJBHB bukan sekadar tempat untuk belajar bahasa Jepun semata-mata. Tapi juga tempat di mana semua pencinta negara Jepun berkumpul, sama-sama berkongsi pengetahuan dan inspirasi yang kita dapat dari orang Jepun untuk kita sama-sama contohi dalam memajukan diri, bangsa dan negara.

Jangan lupa lawati page FB kami! Sama-sama kita sebarkan mengenai BJBHB!
Arigatou Gozaimasu! ^_^

Follow kami juga : https://twitter.com/MBBJBHB

~~~
Minna juga boleh juga like page official HOUKI BOSHI, https://www.facebook.com/houkiboshisensei

Minna boleh tanya sebarang soalan di situ dan Sensei Hoiki Boshi dengan senang hati menjawab sebarang pertanyaan minna ^_^


Disalin oleh Houki Boshi & Disunting semula oleh Putri Rafflesia

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad