Tuesday, August 25, 2015

Jom Ketahui Tempat Pelancongan Menarik Di Jepun

Assalamualaikum, Konbanwa minna ^_^

Alhamdulillah hari ni kita diberi kesempatan bertemu semula dalam entry nordasagigirl. 3 hari lepas sempat jugak singgah sebentar kongsi tentang aplikasi decopic, lepas tu sambung balik fokus kat aktiviti forum BJBHB.

Beberapa minggu akhir ni, K jarang update caz bz nak siapkan Kuiz Online terakhir katakana sebutan dalam romaji. Dan, Alhamdulillah K dah hantar kat Seiji Take sekaligus dengan Cabaran 006/007 Hiragana&Katakana Drag & Drop. Minggu tu jugaklah last minit buat Cabaran 001 Vlog Aisatsu. Tu pun neves nak hanta kat sensei sebab before ni memang tak pernah tayang muka lama2 kat youtube. Hehehee…

Apapun, K rasa dah lega sikit sebab pagi kelmarin berjaya jugak hadapi Ujian Peringkat Pra dan semalam sensei Houki Boshi dah rasmikan penutupan forum tutorial online student batch6 untuk bagi laluan pada student batch7. Lepas ni kena tunggu result keputusan Ujian Peringkat Pra sama ada lulus atau tak masuk Asas1. Apapun K harap berharap sangat untuk lulus peringkat pra ni. Inshaa Allah, Aaminn..

- tamat topic forum bjbhb -

~~~

So, untuk topik entry hari ini, K nak berkongsi serba sedikit mengenai tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Jepun untuk tatapan para pembaca terutamanya yang ada memasang niat untuk menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit tersebut. Actually, K pun belum pernah jejakkan kaki ke situ tapi disebabkan minat dan cita-cita yang tak pernah pudar menanam tekad untuk pergi ke negara Jepun ni, K selalu rajinkan diri bukak blog para bloggers yang sebelum ni banyak timba pengalaman menarik semasa berada di Jepun. Dari satu blog ke satu blog, K buat search tentang tempat yang para bloggers ni pergi, kekaguman K terhadap negara Jepun ni semakin bertambah.

So, bagi mereka yang nak tahu apa yang buat K kagum dengan negara Jepun ni, cuba tengok screenshoot yang K ambil kat bawah ni.






Baca je, memang kita dah tahu kenapa ramai orang terutamanya masyarakat beragama Islam memilih Jepun sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka.

Jadi, kat bawah ni K ada selitkan beberapa coretan mengenai beberapa tempat menarik di Jepun yang sesuai untuk seluruh peringkat umur pergi dan juga perkara yang harus anda lakukan apabila tiba di tempat tersebut. Jadi, K ucapkan selamat menikmati bacaan anda hingga ke hujung pena supaya anda tidak terlepas info mengenai beberapa tempat2 menarik di Jepun yang harus anda kunjungi dan nikmati sepanjang berada di bumi Sakura yang mempesona setiap jiwa yang mengunjunginya.

~~~

goista.com
SHIBUYA
Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya.

travelience.com
HARAJUKU
Harajuku merupakan pusat peragaan fesyen remaja yang paling extreme di Jepun. Di sini terdapat banyak butik pakaian yang terkenal yang menjual pelbagai jenis pakaian yang unik dan aneh. Setiap minggu pada hari ahad, golongan remaja di Jepun akan berkumpul di Takeshita Street, Harajuku sambil mengenakan pakaian costume seperti cosplay yang mengerupai watak anime, ahli muzik punk dan sebagainya. 

Bagi yang berkunjung kesini, anda dapat berjalan-jalan sambil memilih baju di sepanjang jalan Takeshita, Harajuku. Tempat ini adalah tempat yang paling diminati oleh orang Jepun mahupun para pelancong dari berbagai daerah di dunia. Mereka memilih Harajuku sebagai tempat kegemaran untuk berbelanja.

commons.wikimedia.org
OMOTESANDO
Omotesando pula adalah merupakan jalan pejalan kaki sepanjang 1 kilometer yang merentasi Harajuku hingga Meiji Shrine. Omotesando terkenal dengan reka bentuk seni bina banggunan yang unik dan menakjubkan.

en.wikipedia.org

SHINJUKU
Shinjuku adalah merupakan antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat beli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Antara tarikan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.

japan-guide.com
AKIHABARA
Antara tarikan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop. Gadjet dan ‘Figure Art’ juga boleh didapati dengan mudah di Akihabara. Bahkan di Akihabara, terdapat sebuah pusat membeli belah Donki & Don Quijote yang sangat besar dan menghimpunkan segala jenis barang di dalamnya. Boleh didapati cenderamata, barangan elektrik, elektronik, kamera, computer, handphone, gadjet, jam seperti G-Shock, figure art, kelengkapan rumah, barang kecantikan dan perfume serta banyak lagi.

Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Anda bebas memilih DVD anime kegemaran anda kerana disinilah merupakan Pusat Anime Tokyo. Selain itu juga terdapat kafe gadis comel yang berpakaian maid-dress dan bagi penggemar kumpulan idola wanita popular Jepun AKB48, anda turut berpeluang mengunjungi Kedai serta Café milik AKB48.

japan-guide.com
 ROPPONGI
Roppongi merupakan tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Antara tarikan utama di Roppongi ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.


ODAIBA
Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Namun kini Odaiba telah diubah suai menjadi destinasi pelancongan, hiburan dan pusat beli-belah. Di Odaiba terdapat pelbagai rekaan banggunan yang menarik dan canggih.

jnto.go.jpn
YOYOGI PARK
Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.

feross.org
GUNUNG FUJI
Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 m (12,389 ft). Gunung Fuji amat terkenal di dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

japantimes.co.jp
TOKYO SKYTREE
Tokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. Terdapat dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo yang amat mempersonakan.

youtube.com
UENO PARK, TOKYO
Mereka yang melawat pada musim bunga sangat digalakkan untuk pergi ke Ueno Park, Tokyo iaiut kawasan rekreasi terbesar Tokyo. Dengan lebih daripada 1,000 pokok ceri, laluan dan kawasan berkelah, taman ini kelihatan indah dengan bunga sakura berwarna putih dan merah jambu semasa pokok hidup semula apabila tiba  musim bunga selepas musim sejuk yang panjang. Walaupun tanpa bunga sakura, taman ini masih berbaloi dikunjungi kerana berdekatan dengannya terdapat sejumlah muzium, dengan yang paling terkenal ialah Muzium Negara Tokyo. Muzium ini mengumpul dan menyimpan artifak seni dan arkeologi kebudayaan Jepun. Muzium lain di kawasan ini adalah Muzium Seni Metropolitan Tokyo, Muzium Negara Seni Barat, Muzium Sejarah Shitamachi dan Muzium Negara Alam dan Sains.

japan-guide.com
OSAKA AQUARIUM KAIYUKAN
Mempunyai tangki akuarium terbesar di dunia dan memaparkan pemandangan hidupan akuatik. Di sini bukan hanya dapat melihat ikan-ikan saja, tapi juga ada atraksi-aktrasi menarik. Anda dapat melihat betapa indahnya ubur-ubur yang diperlihatkan di akuarium. Ini termasuk antara 15 habitat semula jadi dan 35,000 spesimen daripada hutan Jepun, ikan jerung, ikan paus, penguin Artik dan labah-labah raksasa ketam. Dinding tangki dipasang dengan lapisan kaca, bertujuan untuk tetamu merasai seolah-olah mereka sedang bermain bersama-sama dengan makhluk laut.

en.wikipedia.org
UNIVERSAL STUDIO JEPUN
Sesuai untuk kanak-kanak daripada semua peringkat umur dengan jaminan keseronokan filem, hiburan secara live, restoran-restoran dan kedai-kedai. Anda juga dapat merasai suasana Hollywood dan dapat melawati tarikan seperti Jurassic Park, Spider Man dan pengembaraan Shrek 4D di mana teknologi tersebut dibawa ke dunia nyata. Set filem ini membolehkan anda merasai sekilas lalu aktiviti harian Hollywood di belakang tabir.

railtourguide.com
TOKYO TOWER
Tokyo Tower adalah salah satu mercu tanda utama di Tokyo. Tokyo Tower pernah memegang rekod menara telekomunisaki tertinggi di dunia suatu masa dahulu. Menara Tokyo mempunyai sebuah menara tinjauan yang terletak 250 meter (820 kaki) di atas tanah dan pada hari yang cerah, pengunjung boleh melihat Gunung Fuji di kejauhan. Bangunan lain yang menawarkan pemandangan skap bandar raya hebat Tokyo untuk pengunjung adalah Kerajaan Metropolitan Tokyo, Bangunan Pusat Dagangan Dunia dan Pusat Sivik Bunkyo. Bangunan terakhir ini adalah sangat sesuai untuk melihat bangunan tinggi di daerah Shinjuku semasa matahari terbenam.


TOKYO DISNEYLAND TOKYO DISNEY SEA (CHIBA)
Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa.

japan-guide.com
OSAKA CASTLE
Osaka Castle adalah replika daripada istana asal yang dibina pada tahun 1580-an. Ianya terletak di dalam Taman Istana Osaka, daerah Chuo-ku, kota Osaka, Jepun. Istana Osaka berada di paling hujung sebelah utara daerah Uemachi, yang berada di petempatan lokasi tanah yang paling tinggi dibandingkan dengan wilayah sekelilingnya.

Proses untuk membina semula menara utama selesai pada 1931. Dinding batu yang mengagumkan,daun emas memangkas yang elegan dan bumbung tembaga menjadikannya pameran yang menakjubkan mengenai masa lalu Osaka. Terdapat tempat duduk di atas tingkat lapan bangunan ini yang menjadikannya tempat yang hebat untuk pemandangan panorama dikawasan sekitarnya. Istana Osaka juga merupakan bangunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Jepun. Menara utama Istana Osaka yang menjulang tinggi merupakan simbol kota Osaka.

en.wikipedia.org
DOTONBORI, OSAKA  CITY
Dotonburi Osaka ini menjadi peringkat ketiga yang banyak dikunjungi para pelancong. Tempat ini sangat ramai ketika malam hari kerana banyak terdapat restoran-restoran masakan Jepun dengan berbagai bentuk dan rasa, serta jika anda berjalan di kota ini kita akan mendengarkan suara yang memenuhi kota dengan suasana yang khas. Kemanapun destinasi yang kita tuju, mata kita melihat di setiap sudut kota merupakan bangunan dengan lampu yang berkelip-kelipan di malam yang sangat indah. Mengambil foto bersama keluarga dan teman di depan "Glico Man" juga merupakan sesuatu yang tidak boleh anda lepaskan.

gotokyo.org
NAMJATOWN
Namco Namja Town adalah taman tema aktiviti indoor yang berlokasi di tingkat dua Sunshine City Shopping Complex yang terletak di Timur Ikebukuro, Toshima, Tokyo, Jepun. Taman tersebut dibuka pada tahun 1996 oleh NAMCO, iaitu syarikat penghasilan permainan video yang terkemuka di Jepun. Walaupun taman tema tersebut sendiri tidak begitu tertumpu kepada permainan video, namun taman tersebut banyak memberi keutamaan kepada tema bilik makan, permainan bercorak carnival, rumah hantu serta barisan beberapa karakter-karakter mascot yang eksklusif untuk taman tema tersebut. Dalam 6 bandar di NAMJATOWN, ianya mempunyai 24 jenis aktiviti tarikan pengunjung termasuklah Bandar Aiskrim dan Bandar Gyouza (Ladu/Bebola ikan yang direbus atau dikukus yang berintikan buah2an), dimana anda berpeluang menikmati makanan enak dari restoran2 terkemuka dari seluruh Jepun.

travyde.com
KOBE HARBORLAND
Merupakan kawasan beli-belah dan hiburan di sepanjang kawasan pantai pelabuhan Kobe, menawarkan banyak kafe, restoran, kedai-kedai dan hiburan yang lain.Terdapat dua kompleks membeli-belah terbesar di kawasan tersebut iaitu Mosaic dan Canal Garden. Mosaic adalah sebuah kompleks membeli-belah yang menyenangkan di sepanjang pantai dengan pelbagai butik fesyen kecil dan pelbagai pilihan restoran, ramai yang terlepas pandang pelabuhan. taman hiburan kecil dengan roda ferris didapati di satu hujung Mosaic. Canal Garden pula adalah sebuah pusat membeli-belah dengan kedai jabatan Hankyu, kedai elektronik, kedai sukan dan pelbagai kedai-kedai fesyen keluarga.Kawasan ini dikelilingi dengan laluan berjalan dan jalan pesisir termasuk laluan pejalan kaki pantai dan Gaslight Street.

taidaexchange.wordpress.com
HIMEJI CASTLE
Himeji castle dianggap secara meluas sebagai istana Jepun yang paling menakjubkan. Tidak seperti istana Jepun yang lain, Istana Himeji tidak pernah musnah dalam peperangan, gempa bumi atau kebakaran dan bertahan dalam bentuk asalnya. Ia merupakan khazanah negara dan tapak warisan dunia. Pada abad ke-14, kubu dibina pertama kali di atas tapak istana. Istana ini kompleks kerana ia bertahan pada hari ini setelah siap pada tahun 1609.

atjehcyber.net
KOBE MOSQUE
Masjid ini ditubuhkan pada bulan Oktober, 1935 di Kobe dan merupakan masjid pertama di Jepun. Pembinaannya dibiayai oleh derma yang dikumpul oleh Jawatankuasa Islam Kobe dari 1928 sehingga dibuka pada tahun 1935. Masjid ini telah dirampas oleh Tentera Laut Imperial Jepun pada tahun 1943. Walau bagaimanapun, ia terus berfungsi sebagai masjid hari ini. Ia terletak di daerah asing Kitano-cho Kobe. Disebabkan ruangan bawah tanah dan struktur, masjid terselamat daripada serangan udara yang sunyi sepi dengan kebanyakan kawasan bandar Kobe pada tahun 1945 dan mampu bertahan melalui gempa bumi Great Hanshin pada tahun 1995. Masjid ini terletak di salah satu kawasan pelancongan yang paling terkenal Kobe yang mempunyai banyak bangunan gaya barat lama.

commons.wikimedia.org
MEIJI JINGU SHRINE
Satu lagi mercu tanda Tokyo yang perlu dikunjungi ialah Meiji Jingu Shrine. Tapak keagamaan ini memberikan pengunjung peluang melihat agama utama Jepun, Shintoisme. Tokong ini terletak di dalam hutan malar hijau di daerah Shibuya Tokyo. Di sini, pengunjung boleh melihat keindahan pintu gerbang dan bangunan tradisional, semuanya didedikasikan kepada roh Meiji yang Hebat, bekas maharaja Jepun dan isterinya, Ratu Shoken. Anda digalakkan untuk menghabiskan masa beberapa jam dalam suasana damai di tokong ini. Pengunjung boleh melihat bahan peninggalan milik bekas maharaja dan ratu di muzium serta di galeri gambar yang menceritakan kisah kehidupan tokoh sejarah Jepun ini.

jojostruys.com
HACHIKO STATUE (SHIBUYA)
Hachiko adalah  seekor anjing legenda di Jepun.  Hachiko yang dilahirkan pada 10 November 1923 – March 1935, adalah seekor anjing jantan jenis Akita Inu kelahiran Odate, Prefektur Akita. Kisahnya yang begitu fenomenal membuat banyak orang terus mengenang kesetiaan haiwan peliharaan ini.  Hachiko telah membuktikan kesetiaannya yang abadi dengan menunggu tuannya kembali di lokasi yang sama setiap hari selama 10 tahun setelah kematian tuannya. Ad juga pepatah yang banyak pepatah Jepun menyebutkan anjing adalah salah satu sahabat terbaik manusia.

Gelaran baginya adalah Hachiko Anjing yang Setia (Chuken Hachiko). Patung Hachiko di depan Stesyen Shibuya telah menjadi salah satu nercu tanda di tanah Shibuya. Tempat ini biasanya ramai dikunjungi, dan banyak orang membuat janji bertemu di depan patung Hachiko saat melawat ke daerah ini .

japan-guide.com
FUSHIMI INARI SHRINE (KYOTO)
Mitaka no Mori Ghibli Bijutsukan adalah muzium animasi dan seni Miyazaki Hayao Studio Ghibli iaitusalah satu studio animasi paling terkenal di Jepun. Mereka telah banyak menghasilkan film animasi yang telah diedarkan ke seluruh dunia. Antaranya adalah seperti My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away, dan Ponyo on the Cliff by the Sea. Terletak di Mitaka, di pinggiran kota Tokyo, Muzium Ghibli merupakan tempat yang  harus dikunjungi bagi para penggemar filem animasi. Anda pasti akan berasa kagum jika pernah menjejakkan kaki ke sini. Muzium itu dirancang dalam gaya yang berbeza dari filem-filem studio lain dan ada banyak karakter terkenal filem-filem mereka di sana, termasuk robot setinggi lima meter dari filem Laputa Castle in the Sky.

redbubble.com
ARASHIYAMA BAMBOO FOREST
Percutian anda tidak lengkap sekiranya anda tidak melihat dusun buluh di Arashiyama ini yang terletak di pinggir Kyoto. Walaupun anda telah melihat dusun buluh di kuil-kuil yang berbeza di Jepun, tetapi tidak ada yang sebesar ini. Tiket masuk ke Arashiyama ini adalah percuma.

japan-guide.com
TSURUMA PARK (NAGOYA)
Tsuruma Park terletak di Showa-ku, Nagoya, Jepun. Taman ini dibangun pada tahun 1909. Terdapat air pancur dan juga gazebo untuk tempat beristirahat. Dibangunkan dengan kolaborasi konsep taman Jepun dan Eropah yang modis pada saat itu.

Ditengah-tengah taman anda dapat melihat Tsuruma Central Library. Taman ini juga memiliki Greenification Center dibawah pengawasan Nagoya City Greenery Association. Juga terdapat berbagai jenis bunga seperti Yoshino cherry, Japanese andromeda, Japanese zelkova, Flowering quince, Tulip, Camellia, Thunberg spirea, Pearlbrush, Rapeseed, Common snapdragon, dan Swamp chrysanthemum.

Taman Tsuruma ini sangat terkenal pada saat musim bunga Sakura. Dan juga pada saat event-event sperti Nagoya Walkathon. Akses paling dekat menuju taman ini adalah dengan menggunakan kenderaan umum iaitu Tsurumai Station oleh Line Tsurumai , atau dengan JR Chuo Jalur ke Tsurumai Station .


NIJO CASTLE, KYOTO
Nijo Castle dibangun pada tahun 1603 di Kyoto sebagai kediaman Tokugawa Ieyasu, shogun pertama dari Periode Edo (1603-1867). Cucunya Iemitsu menyelesaikan bangunan istana benteng ini 23 tahun kemudian. Setelah Kashogunan Tokugawa jatuh pada tahun 1867, Istana Nijo digunakan sebagai istana kekaisaran untuk sementara waktu sebelum disumbangkan ke kota dan dibuka untuk umum sebagai laman bersejarah. Benteng ini ditetapkan sebagai situs warisan dunia UNESCO pada tahun 1994.

liveinternet.ru
KIKAKU-JI TEMPLE ATAU THE GOLDEN TEMPLE
Ini merupakan kuil Zen yang mewakili Kitayama-Bunka iaitu budaya flamboyan yang merupakan campuran budaya tradisional bangsawan dan budaya samurai baru.Taman ini ditetapkan sebagai tapak bersejarah negara khas dan landskap khas negara.Ia merupakan salah satu daripada 17 tapak Warisan Budaya Dunia Kyoto.

wikimedia.org
21ST CENTURY MUSEUM OF CONTEMPORARY ART, KANAZAWA
Dirancang oleh arkitek syarikat yang diakui dunia antarabangsa, Kazuyo Sejima+RyueNishizawa/SANAA, muzium ini memiliki tata letak yang melingkar yang  unik dengan pintu masuk di setiap sisi. Dinding putih dan kaca menciptakan suasana terbuka sehingga saat kita berada di muzium terasa begitu menyenangkan seperti berada di sebuah taman. Koleksinya juga begitu fokus pada karya domestik dan antarabangsa dari tahun 1980 dan seterusnya, dari lukisan dan patung hingga foto dan multimedia.

Muzium ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang satu kepada zon awam yang bebas masuk serta zon pameran yang memerlukan tiket. Tapi bahkan di  daerah bebas Anda dapat menemukan seperti karya hebat seperti Leandro Erlich dengan The Swimming Pool dan Jan Fabre dengan The Man Who Measures The Clouds. Kanazawa adalah kota dengan sejarah panjang kerajinan tradisional dan produk seperti daun emas, barang sutra dan makanan manis Jepun.

Di samping muzium ini ada taman Kenrokuen, salah satu taman yang paling megah di seluruh negeri dengan landskap bergaya Jepun. Daya tarikan muzium ini juga adalah kerana temanya yang berbaur antara seni kontemporari dan taman yang tradisional.

tripadvisor.com
MUZIUM MEE SEGERA (INSTANT RAMEN MUSEUM)
Orang Jepun suka dengan mee segera mereka, jadi ia tidak menghairankan bahawa mereka telah membuka sebuah muzium untuk menunjukkan betapa sukanya mereka terhadap mee.Muzium ini dibuka oleh Nissin Foods dan terletak di Yokohama, Jepun, merayakan 40 tahun makanan popular yang disukai oleh pelajar kolej yang dikatakan 'meletup' di mana-mana sahaja. Pada paparan yang tersedia ada, menceritakan sejarah mee segera, yang dicipta oleh Momofuku Ando, orang yang mencipta mee ramen ayam mengimbau kembali pada tahun 1958 selepas menyaksikan kegilaan orang  memakanan mee selepas perang Jepun.

Muzium itu sendiri adalah 10,000 meter persegi dan mengandungi "Cup My Noodle Factory" yang membolehkan pengunjung untuk mencipta perisa mereka sendiri. Dan tentunya, termasuk restoran-restoran yang menyajikan tiap-tiap jenis mee yang pernah dibayangkan.


KEIKAROU RESTAURANT (Aiba Masaki Parents Restaurant)
Jika anda salah seorang peminat boyband Arashi, pastinya berkunjung ke Chiba merupakan salah satu list dalam lokasi paling utama anda ingin lawati. Kerana di Chiba, terdapat sebuah restoran China milik keluarga salah seorang member Arashi iaitu Aiba Masaki yang sangat diketahui umum amat suka “mempromotekan” restoran keluarganya setiap kali muncul dalam rancangan tv. Bahkan juga, restoran tersebut banyak menerima kunjungan dari peminat Arashi sendiri tidak kira dari Jepun mahupun luar negara yang ingin menjejakkan kaki sendiri di salah satu tempat idol pujaan mereka ^_^

tripadvisor.com
IWATAYAMA MONKEY PARK
Taman Monyet Iwatayama berlokasi di barat Kyoto, tepatnya kaki Gunung Arashiyama. Dari taman ini, anda bukan hanya dapat menikmati cantiknya panorama Kyoto dari ketinggian tetapi juga berinteraksi langsung dengan monyet kulit merah khas Jepun dan sangat ramai dikunjungi oleh para pengunjung.

Seperti namanya, Taman Monyet Iwatayama memang dihuni oleh monyet khas Jepun yang berkulit merah. Kerna jumlah yang terlalu banyak, anda boleh melihat makhluk unik ini hampir di setiap tempat. Ada yang sedang bergelantungan di pohon, menikmati makanan dari pengunjung, atau duduk santai di sebelah pelancong yang datang.

Taman Monyet Iwatayama dilengkapi kolam yang biasanya dijadikan lokasi bersantai para monyet. Anda juga boleh terhibur bila melihatnya. Ada banyak tingkah laku monyet yang mengundang tawa pengunjung, mulai dari duduk-duduk di pinggir kolam, sampai berendam menikmati air kolam seperti manusia.

Bila kurang puas melihat monyet, pengunjung boleh memberi makan atau mengambil foto bersama monyet. Untuk yang ingin memberi makan, Anda boleh membeli makanan ringan yang dijual warung sekitar Taman Monyet Iwatayama. Satu bungkus makanan ringan dijual dengan harga 100 yen.

Cara pemberian makannya pun bukan sembarangan, pengunjung hanya boleh memberi makan monyet dari dalam sebuah gubuk. Setelah itu, makanan akan digantungkan pada sebuah kawat, kemudian monyet dari luar akan mengambil makanan yang tergantung tersebut. Cara ini dilakukan untuk melindungi pengunjung dari gangguan monyet.

Kebanyakan pengunjung yang datang adalah keluarga atau pasangan muda-mudi. Harga tiket yang harus dibayar pengunjung yaitu 500 yen.
Dengan  harga  itu anda akan mendapatkan pengalaman menakjubkan yang boleh anda dapatkan di Taman Monyet Iwatayama.

~~~ 

Jadi, itulah beberapa tempat-tempat pelancongan yang unik dan menarik di Jepun. Begitu banyak tempat-tempat menarik yang ada di Jepun untuk hiburan musim dingin ini yang bakal tiba tidak lama lagi. Bagaimana kalau berhibur ke Jepun saja tahun ini? Selain berhibur, kita juga boleh mendapat ilmu yang bermanfaat!

Bagi memudahkan para pembaca sekalian menghafal perkara2 yang perlu anda lakukan apabila berkunjung di tempat2 menarik yang ada di Jepun, sila rujuk beberapa imej kartunis dibawah mengenai “10 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Di 12 Tempat Menarik Di Jepun”.



















Ok teman-teman sekalian, sekian saja informasi tempat-tempat pelancongan menarik yang harus anda lawati di Jepun dan semoga bermaanfaat untuk pembaca sekalian, terima kasih.


Credit pic to the owner

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad