Sunday, August 02, 2015

Fesyen Lolita Jelajah Luar Negara “Muslim Lolita” Jadi Interseksi Baru Budaya Comel ^_^

Assalamualaikum
Konnichiwa minna ^_^  Genki desu ka?
(こんいちわみんあ^_^。げんきですか?)

Harap semuanya sihat walafiat, K kat sini Alhamdulillah, baik-baik je.

2 hari lepas bukak fb cari info terbaru yang viral kat TokyoFashion.com. Maklumlah, bertahun-tahun dah jadi pencinta dunia Jepun ni, asyik2 update cerita tentang Jepun, ye kan? Kan dah tentera kt -> (tengok definition blog).

Apapun K harap you all tak kisah dengan posting/bingkisan yang akan K kongsikan seterusnya nanti.


Baiklah, seperti imej yang anda semua lihat di atas, hari ni K nak berkongsi cerita sikit tentang Fesyen Lolita yang baru-baru ini menjadi viral di laman sesawang apabila Fesyen Lolita Jelajah Luar Negara membuatkan “Muslim Lolita” Jadi Interseksi Baru Budaya Comel mula dikenali di seluruh dunia ^_^

Fesyen Lolita yang selama ini telah wujud bermula dari awal 70’an, kini masih diterima masyarakat dan secara umumnya di negara matahari terbit dikenali sebagai fesyen kiasan berkumpulan di sekitar Harajuku dimana para gadis remaja mengenakan fesyen yang terinspirasi dari ‘Western Victorian’ iaitu pemakaian renda yang kuat, warna-warna pastel yang berwarna-warni yang mana mengingatkan kita ianya seperti gaya seorang puteri yang suci dari dunia kayangan mahupun patung-patung yang cantik dan menawan.


Budaya jenama western ini telah berkembang dalam budaya pemakaian yang popular di Jepun, dimana ianya bermula setelah ramai para remaja Jepun diketahui umum sangat terobsesi dengan dunia yang penuh kecomelan dan manis bila dipandang.

Fesyen budaya Lolita menjadi jenis sub-budaya yang besar dikalangan gadis remaja akhir tahun 1970an dengan pemakaian gaya ‘one-piece’ bagi menekankan sifat kewanitaan dan kesucian mereka yang melawan terhadap pendedahan seksual wanita dan hak wanita dalam berpakaian satu ketika dahulu.


Budaya Lolita mula dikenali awam dengan dengan populariti yang diraih dari sebuah filem komedi Jepun, Kamikaze Girl (Shimotsuma Monogatari),” lakonan oleh Kyoko Fukada and Anna Tsuchiya pada tahun 2004.



Kamikaze Girls berpusat pada dua pelajar, Momoko Ryugasaki (Kyoko Fukada) dan Ichigo "Ichiko" Shirayuri (Anna Tsuchiya), yang berasal dari latar belakang yang berbeza: yang satu adalah seorang gadis Lolita, sedangkan yang lainnya, antitesisnya, seorang Yanki.

Bintang filem Kyoko Fukada juga merupakan seorang Lolita dan merupakan pencinta jenama BABY THE STAR SHINES BRIGHT, membuatkan beliau mula dikenali ramai dari filem tersebut.

Setakat ini, hanya beberapa “blue letter (Aomoji-kei)” majalah fesyen yang memberi keutamaan mengenai fesyen Lolitafashion dengan Street Snaps dari Harajuku, manakala KERA masih menjadi majalah utama yang memberi keutamaan fesyen tersembunyi Harajuku seperti punk, Gothic dan gadis Lolita.




Misako Aoki, salah seorang readers-models dari majalah KERA telah menjadi ikon Lolita yang berkarisma tinggi yang mana menjadi ikutan para penggemar fesyen Lolita melalui  Street Snaps dan beberapa penampilannya dalam KERA. Sekarang, beliau merupakan Head kepada “Japan Lolita Association (Nihon Lolita Kyoukai),” sejak tahun 2013, dan banyak bekerja keras dalam mengembangkan budaya Lolita kepada masyarakat penggemar Lolita di luar negara Jepun.


Baru-baru ini, terdapat banyak kiasan fesyen Lolita. Bermula dari  “Sweet Lolita (Ama-Rori),” “Gothic Lolita (Gosu-Rori)” dan “Princess Lolita (Hime-Rori),” dan banyak lagi mengikut citarasa tersendiri si pemakai.




Juga, bagi memenuhi untuk memperluaskan budaya Lolita pada awam, kedai pakaian LolitaMaison De Julietta yang terletak di La Foret Harajuku banyak menawarkan pengalaman berpakaian seperti seorang Lolita pada harga yang sangat berpatutan.

Setelah beberapa tahun kebelakangan ini, budaya comel gadis Jepun telah meluas dan berkembang  ke luar negara dengan usaha dan kerja kerasa gadis Lolita seperti Misako Aoki, dimana beliau telah menjelajah beberapa pelusuk negara barat bagi mengembangkan budaya Lolita.


Dan seperti berita sensasi yang viral di laman internet baru-baru ini, ianya beralih kepada gadis remaja Muslimah yang mengenakan pakaian Lolita dengan pastel Hijab yang berwarna-warni serta seluar panjang ketat dibawah skirt, yang mana sesuai dipanggil dengan gelaran “The Hijabi Lolita”.

Sungguh… ianya memang kelihatan comel. Nilai hormat mereka terhadap agama serta budaya pemakaian budaya Lolita digabungkan bersama dengan sempurna dalam gaya mereka sendiri yang digelar sebagai “Muslim Lolita” ataupun dengan singkatan “Musu-Rori” dalam bahasa Jepun.

Sesetengah berpendapat bahawa pemakaian Lolita dan pemakaian wanita Muslim adalah sesuatu yang padan sejak kedua-dua budaya fesyen tersebut tidak mendedahkan kulit.
Namun begitu, pemakaian “Musu-Rori” mungkin barangkali boleh diterima di beberapa negara barat yang kita umum tahu sentiasa membenarkan fesyen yang bebas serta dalam pada mereka sebagai sebuah bangsa yang bebas dengan kepercayaan masing-masing.
Tiada masalah bagi mereka untuk menerima gaya “Musu-Rori” kerana mereka adalah bangsa yang mahir mengendalikan cara hidup mereka dalam berpakaian apalagi bila fesyen budaya Lolita mula menjadi viral kebelakangan ini.



Baiklah semua, setakat ini saja dulu coretan K untuk entry kali ini. And I hope you all enjoying my posting today as well. Sampai bertemu lagi kita pada entry seterusnya yang mana K telah sediakan khas untuk pembaca semua mengenai pengalaman seorang gadis Lolita yang comel mengenakan pakaian dari LolitaMaison De Julietta sambil mengembara di sekitar La Foret Harajuku.

Jadi, jagan lupa untuk terus follow entry ini untuk posting yang seterusnya okay ^_^

Jya ne…

Gambar;
my-lolita-dress.com
mylolitashow.com
tokyogirlsupdate.com
pinterest.com
tokyo-fashion tumblr
bored-panda.com

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad