Wednesday, April 01, 2015

Musim Terbaru Drama Filipina “Be Careful With My Heart”

Salam semua, hari K ada posting istimewa sikit mengenai drama kegemaran K.

Haa…
Masih ingat tak dengan Si comel Aby?




Gadis cantik dan manja Nik Nik?

Dan yang pastinya pasangan ideal pengasuh Aby iaiutu Maya dan tuannya Tuan Richard Lim?




Rabu depan, iaitu bersamaan 8 Mac 2015… Genap setahun sudah berlalu sejak  drama Filipina “Be Careful With My Heart” meninggalkan kita dan pasti ramai yang masih terasa kesan dari pembawaan beberapa karakter utama dalam drama bersiri tersebut.

Dan BERITA BAIK buat peminat-peminat drama Filipina yang mencetus fenomena hangat tahun 2014, kini muncul MUSIM TERBARU “Be Careful With My Heart” yang bakal ditayangkan di SLOT TELENOVELA di TV3 mulai 2 April ini.


kyaa ~~~ (>_<)

Bagi sesiapa yang belum mengetahui synopsis awal drama ini pada musim yang lepas, Istimewa hari ini, K akan selitkan semula paparan kisah cinta dan keluarga bahagia “Be Careful With My Heart” yang ditayangkan pada tahun lepas.

“Be Careful With My Heart” 2014 Story PREVIEW >>>


Baiklah, bagi penggemar2 drama bersiri Filipina yang ditayangkan di Slot Telenovela TV3, pasti ramai yang masih teringat akan sebuah Telenovela yang memaparkan kisah kekeluargaan, percintaan serta impian si gadis lincah bernama Maya.

Cerita yang banyak memberi inspirasi pada setiap penontonnya bagaimana untuk membina hubungan yang hebat tidak kira mengenai hubungan sesama keluarga, adik-beradik, ayah dan anak serta tidak lupa hubungan sesama pembantu rumah yang ihklas dan amanah dalam menjalankan kewajipan sebagai pembantu yang berhemah.

Maya Dela Rosa, seorang gadis gadis yang berasal dari desa berhijrah menuju ke bandar untuk mencari sebarang pekerjaan untuk menampung beban keluarganya yang hidup serba serdahana. Mempunyai seorang nenek yang mencuit hati, seorang ibu yang penyayang dan prihatin serta kakak yang bernama Christina Rose Dela Rosa yang berpenampilan boyish namun dalamannya penuh sikap kewanitaan dan amat menyayangi adiknya Maya.

Walaupun pada asalnya bergelut dengan masalah berpura-pura menjadi seorang gadis bisu namun pada akhirnya takdir menempatkan Maya menjadi seorang pembantu rumah seorang Usahawan Syarikat Penerbangan yang berjaya di Filipina iaitu Tuan Richard Lim ataupun nama mesra yang khas Maya gunakan memanggil tuannya iaitu ‘Sir Chief’.

Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang Maya menjadi pembantu rumah Sir Chief hingga dengan tidak dijangka ketulusan serta ketabahan Maya dalam mengasuh anak bongsu Tuan Richard Lim iaitu Aby yang bisu serta tidak mudah didekati membuatkan tuannya menjadikan Maya sebagai pengasuh Aby yang tetap kerana melihat perkembangan Aby yang kembali ceria setelah beberapa tahun kehilangan ibunya dan kemunculan Aby sebagai pembantu yang ceria dan periang dalam rumah tersebut menjadikan Aby mulai tersenyum kembali.


Selain itu juga, tanggungjawab dalam memerhatikan tingkah laku serta aktiviti dua lagi anak tuannya yang meningkat remaja iaitu Luke dan Nikki juga tidak diabaikan. Begitu pun telah bertukar dari seorang pemabntu kepada menjadi pengasuh tetap, Maya masih dengan rendah diri tidak bersikap sombong malh tetap seorang yang peramah serta sentiasa meluangkan waktu di dapur untuk membantu kerja-kerja dapur yang belum selesai. Disebabkan itu, sikapnya mudah disenangi seluruh pembantu rumah yang lain kerana tidak bersikap angkuh dalam menjalankan kewajipannya sebagai sebagai pengasuh tetap apalagi menjadi seorang yang rapat terhadap Aby seperti seorang ibu.

Dalam pada itu juga atas kebaikan dan ketulusan hati Maya yang menjaga dan menyayangi Aby seperti anak kandungnya membuatkan tuannya mulai terharu. Dan demi mebalas jasa dan kebaikan Maya, Tuannya telah membenarkan Maya mengambil separuhnya masanya menjaga Aby untuk menyambung pelajarannya melalui kelas luar.

Hari demi hari berlalu, dalam menjalankan kewajipan sebagai pengasuh tetap Aby serta focus meluangkan waktu dalam pelajaran, akhirnya Maya berjaya menjadi seorang gadis pelatih Pramugari yang merupakan impiannya sejak dari dahulu lagi.
Diringkaskan pada puncak cerita…

Maya mebuatkan Aby yang senyap dan bisu kembali bercakap dan tertawa semula..

Maya membuatkan tuannya Sir Chief yang setiap jam berwajah serius mulai mencoretkan senyuman di wajahnya..

Luke pula tamat belajar menengah atas dengan gembira..

Dan Maya pula yang telah menghabiskan masa praktikalnya juga meneruskan kerjayanya untuk memilih bidang sebagai pramugari yang merupakan impiannya terbang diawan biru.
Kemampuan Aby yang mulai berdikari membuatkan tuannya tidak risau lagi dan apalagi pada masa sereentak Maya bakal menjadi seorang pramugari tetap. Walaupun sukar melepaskan Maya sebagai pengasuh Aby, namun tuannya tetap harus membenarkan Maya mengecapi impiannya.

Namun dalam diam, timbul perasaan dalam diri tuannya bahawa kesukaran melepaskan Maya dalam keluarganya bukan alasan yang kukuh namun sebenarnya dalam diam tuannya menaruh hati terhadap Maya.

Perkara tersebut tanpa diduga diketahui senyap-senyap oleh kedua-dua anaknya Luke dan Niki yang mulai mempunyai perancangan untuk menyatukan ayahnya dan Maya. Sokongan dan dorongan dari semua pembantu rumah yang ingin menjadikan Maya sebagai puan besar dalam rumah tersebut serta persetujuan Aby yang dari dulu lagi menganggap Maya sebagi ibunya telah menjadikan ianya tonggak besar kearah penyatuan 2 jiwa Maya dan tuannya.
Sir Chief akhirnya menyatakan cintanya….

Hingga pada akhirnya, hubungan mereka direstui ramai orang sekeliling dan akhirnya membawa mereka ke jinjang perkahwinan yang menyaksikan jalinan 2 jiwa yang akhirnya mengakui cinta antara satu sama lain.



Dan begitulah pengakhiran perjalanan kisah hebat dan mengagumkan seorang gadis desa dalam menyeimbangkan tugasnya sebagai pengasuh serta tidak putus asa mencapai impiannya dalam masa serentak mengembalikan semula  senyuman dan kebahagiaan keluarga tuannya.

“Be Careful With My Heart”… pasti ramai yang gembira dan terharu menonton drama beriri Filipina tersebut kerana tidak dinafikan lagi semua watak yang ditampilkan berjaya menjiwai karakter masing-masing. Setiap saat yang dilakonkan setiap pelakon berjaya mempuankan kita ketawa, sedih, menagis dan bersama-sama juga kita gembira melihat pengakhiran kisah cinta yang lengkap dan sempurna antara Maya dan tuannya.


Terima kasih juga pada Maya Dela Rosa kerana berjaya membawa wataknya dan k juga berharap dalam kehidupan realiti, Maya juga adalah juga wanita seperti lakonananya sebagai Maya.

Apapun jangan lupa SAKSIKAN kemunculan drama Filipina “Be Careful With My Heart” Musim Terbaru  2 April ini pada setiap hari Isnin-Khamis jam 3 hingga 4 petang di slot Telenovela TV3.

WELCOME BACK MARRIED COUPLE
MAYA AND SIR CHIEF <3


No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad