Wednesday, April 29, 2015

Inilah 6 Gadis Cantik Yang Menjadi Viral Di Laman Sosial Tahun 2014



Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Selamat Pagi & Konnichiwa semua ^_^

Waahhh ~~~
Lamanya dah K tak buat posting beberapa hari ni kan.. maklumlah sejak adik K, Ai chan yang baru je arrive kt Sarawak cuti semester bulan ni, K tak sentuh langsung pun Diari Kesayangan K ni.  Bz luangkan masa dengan keluarga dan Ai chan. Hari ni, K on balik entri nordasagigirl so, TADAIMAA ~



Kebelakangan ni K sering terbaca tentang posting “Wanita Cantik Yang Popular Di Media Sosial” so recently K pun kumpul maklumat siapa diorang ni. After making a few research and blogwalking in difference site, hari ni K pun terfikir nak buat posting tentang posting yang sama namun dengan tajuk yang berbeza, so inilah dia “6 Gadis Cantik Yang Menjadi Viral Di Laman Sosial Tahun 2014”.

Sabina Altynbekova 



Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Women’s Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014.

Sabina Altynbekova, 18, adalah pemain bola tampar kebangsaan Kazakhstan. Oleh kerana wajah dan serta ukuran badan yang cantik dan tinggi lampai, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekova kini mempunyai 375 ribu pengikut di Instagram.


Natalia Poklonskaya



Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia yang menjadi terkenal kerana wajahnya yang cantik.

Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014.

Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime sehinggakan banyak lukisan wajahnya dalam bentuk anime timbul di internet.



Katya Lischina



Gadis berusia 21 tahun yang berasal dari Rusia ini terkenal dengan nama Katya Lischina,  namun begitu, ramai juga yang mengatakan nama sebenarnya ialah Liraley Ketskatya.

Ramai yang berpendapat Katya Lischina mempunyai wajah ayu seiras karakter anime Jepun Attack On Titan iaitu Mikasa Ackerman. Selain itu, gambar-gambar Katya Lischina mula menjadi viral di laman 9gag dan menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut.

Katya Lischina mempunyai satu fanpage di Facebook yang mendapat hampir 80 ribu like.


Noor Hafizah Mohd Idrus




Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Airasia yang menjadi popular bukan sahaja kerana wajahnya yang cantik, malah kerana bidang kerjayanya sebagai seorang juruterbang.

Mungkin kerana bertudung, ramai yang memuji Hafizah kerana masih lagi menjaga aurat walaupun dia memiliki rupa paras yang cantik.

Hafizah mula menjadi popular di Facebook apabila beberapa gambarnya yang diambil didalam dan diluar kapal terbang tersebar.

Yan Jiajun




Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China.

Yan Jiajun adalah seorang tentera dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China.

Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman Singapore Seen.


Nurul Habibah




Nurul Habibah adalah seorang anggota polis dari Indonesia yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi di media sosial.

Malah, Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.

~~~ 

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/02/6-wanita-cantik-yang-menjadi-fenomena.html#ixzz3XAF5pjQn
Disalin dan Disunting semula oleh: Putri Rafflesia

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad