Monday, March 30, 2015

Watanabe Mayu Nyanyi Lagu Tema Untuk Drama Lakonannya





Telah didedahkan baru-baru ini, Watanabe Mayu (ahli anggota AKB48) akan menyanyikan lagu tema untuk Jdrama terbarudrama 'Tatakau! Shoten Girl'.

'Tatakau! Shoten Girl' akan disiarkan melalui Kansai TV / Fuji TV pada April 14 yang mana dilakonkan Watanabe Mayu and Inamori Izumi sebagai watak utama. 

Lagu tema drama iaitu "Deai no Tsuzuki" telah ditulis oleh Akimoto Yasushi dan lirik oleh pendatang baru Matsumoto Satoshi, yang baru saja tamat graduasi dari Sekolah Vokasional musim bunga tahun ini.

Ianya merupakan lagu cinta dengan melodi yang sedih. Watanabe memberi komen, “Kebanyakan lagu solo saya seperti iras seorang idol, namun kali ini, ianya mempunyai nada dengan arah yang berbeza. Saya terkejut dan pada masa yang sama juga amat teruja saat saya mendengarnya!”

Takahashi Minami Adakan Konsert Solo Yang Pertama Pada Tarikh Ulangtahunnya





Anggota kumpulan popular Jepun AKB48 iaitu Takahashi Minami akan mengadakan konsert solonya yang pertama yang jatuh pada hari ulangtahunnya iaitu pada 8 April 2015 bertempat di Zepp Tokyo. Konsert tersebut yang berjudul 'Takahashi Minami Mirai e no Kekki Shukai~Subete no Koto no Zenya~', dan beliau dijangka akan membuat persembahan diiringi dengan ‘Live Band’.

Takahashi dikatakan mempunyai takdir serta hubung kait kepada nombor “48”. Beliau dilahirkan pada April 8 iaitu bersamaan (4/8), dengan ketinggian 148.5 cm (4 kaki 10 inc) dan serentak merupakan ahli kumpulan wanita AKB48.

Dan juga seperti yang termaktub, harga tiket untuk konsert solonya yang akan datang telah pun disahkan berjumlah 4,800 yen iaitu  (lebih kurang $40 USD).

Takahashi dikatakan membuat pengumuman konsert solonya pada 22 Mac yang lepas melalui app ‘755’.

Takahashi juga turut meluahkan kata terharu, “ saya berasa amat gembira dapat menganjurkan konsert yang bertepatan dengan tarikh ulangtahun kelahiran saya”

Sunday, March 29, 2015

Renungan Buat Kita Bersama




Yang membuat kita KUAT adalah DOA
Yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH
Yang membuat kita MAJU adalah USAHA KERAS
Yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
Yang membuat kita SEMANGAT adalah HARAPAN dan IMPIAN
Yang membuat kita menjadi yang TERBAIK adalah dengan mengakrabkan diri dengan keheningan jiwa dan SUJUD..

Kreatif Dalam Bersedekah





1.      Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
2.      Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
3.      Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
4.      Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil di dalamnya. Genap satu bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
5.      Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga/kerabat/sahabat), belilah satu atau dua kotak air mineral. Niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua/sakit/kanak-kanak dan sebagainya).
6.      Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan wang baki itu untuknya (sebagai sedekah/hadiah).
7.      Belilah Musyaf (Al-Qur’an) dan letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
8.      Berikanlah persaan gembira kepada setiap orang khususnya kepada mereka-mereka yang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
9.      Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
10.  Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.
11.  Sedekahkan Al Fatihah kepada kedua-dua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.

Kirimkan mesej ini kepada semua kenalan-kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga anda diberikan pahala kerananya. Selamat bersedekah ^_^

11 Rahsia Bacaan BISMILLAH




Lebih lanjut, Syaikh Nawawi memberi erti di sebalik tiap huruf yang menempel pada kalimat Basmillah ini.

Pertama, Ba: Bara-atullah.
Ertinya jaminan keselamatan kepada orang-orang yang berbahagia dengan iman dalam dadanya. Dalam makna yang lebih dalam, orang beriman tidak boleh alpa dari membaca Bismillah dalam keadaan apapun, selama perbuatan itu berada dalam kebaikan.

Kedua, Sîn: Satrullah.
Ertinya perlindungan Allah. Makna ini memberi penjelasan bahawa orang yang beriman tidak pernah melewatkan tiap langkahnya dengan membaca Bismillah yang dengannya, kala ia bertemu orang yang melawan Allah, ia berlindung dari kebodohannya.

Ketiga, Mîm: Mahabbattuhu.
Ertinya rasa cinta Allah kepada seorang Muslim yang membaca Baslamah. Seseorang yang ingin memperolehi cinta Allah, tentulah bibirnya tidak kering dari Bismillah.

Keempat, Alif: Ulfatuhu.
Ertinya keramahan Allah. Allah itu Maharamah, Mahapengasih, lagi Maha Mengasihani. Keramahan Allah akan semakin muncul kepada mereka yang membaca Bismillah.

Kelima, Lâm: Lathâfatuhu.
Ertinya kelembutan Allah. Hikmah di balik membaca Basmalah mendapat kemudahan dan kelembutan dalam hatinya. Sikap dan sifat buruk akan hilang berganti kebaikan dan hati berhias kelembutan.

Keenam, : Hidâyatuhu.
Ertinya petunjuk Allah. Seseorang yang membaca Bismillah, akan terbimbing dan terarah dalam naungan hidayah.

Ketujuh, : Ridhwânuhu.
Ertinya kerelaan Allah. Ridha Allah akan melekat pada sosok insane yang melafazkan Bismillah. Jika Allah telah redha pada seseorang, tidak ada lagi gunda dan gulana, kerana redha-Nya telah hinggap dalam diri. Pelaku maksiat pun yang membaca Bismillah dengan niat taubat kepada Allah, maka bacaan tersebut menjadi jambatan redha Allah.

Kelapan, : Hilmuhu.
Ertinya Kesabaran Allah. Hikmah ini memberi pelajaran tentang kesabaran Allah pada orang-orang yang berdosa. Mereka yang berbuat zalim, kezaliman, pergaduhan yang merugikan umat manusia, kekrisuhan, akan tetap memperoleh kesabaran dari Allah dengan bacaan Bismillah.

Kesembilan, Mîm: Minnatuhu.
Ertinya anugerah Allah. Orang-orang yang beriman yang membaca Basmalah mendapat anugerah, kebajikan, dan anugerah Allah. Oleh itu, setiap perbuatan dan perkataan yang bermula dengan Bismillah, menjadi berkat untuk semua.

Kesepuluh, Nun: Nurul Ma `rifah.
Ertinya cahaya pengetahuan. Dengan kata lain, kalimat Bismillah mengandung unsur cahaya Ilahi. Dan cahaya itu diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa.

Kesebelas, `: Yadullâh.
Ertinya tangan (penjagaan) Allah. Allah memberikan penjagaan pada diri orang yang membaca Bismillah. Bacalah pada saat di rumah, kenderaan, tempat kerja, dan di mana saja. Dengan membaca tersebut, Allah turunkan penjagaan dan pengayoman kepadanya.

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad