Thursday, January 15, 2015

Raisya Rania “Pemimpin Raja Yang Mempersona”



Insyaallah. Semoga gelaran tersebut dapat membimbing saudara (Muslim) baru kita Felixia Yeap ataupun nama Islam beliau iaitu Raisya Rania kearah menjadi wanita muslim yang sejati dan solehah si sisi Allah SWT dalam meneruskan legasi memimpin umat2 bukan Islam yang lain agar terus mencari petunjuk dan hidayah Allah sepertimana Raisya Rania dipertemukan cahaya dalam hidupnya untuk menerima ajaran Islam.


Seperti yang kita sedia maklum, pada 3 Julai 2014 Felixia Yeap telah pun selamat memeluk agama Islam dan Alhamdulillah bertambah seorang lagi saudara Muslim kita yang telah diberikan petunjuk dan hidayah oleh ALLAH SWT untuk menerima ajaran suci Islam. Bertempat di sebuah masjid di TTDI, Felixia telah mengucap dua kalimah syahadah kira-kira jam 6.30 petang dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiada media yang hadir kerana Felixia enggan mendapat liputan di hari penuh bersejarahnya itu.

Menerusi tulisan di blognya, Felixia menganggap tarikh hari terebut ialah hari kelahiran semula bagi dirinya.

"Hari ini bukan hanya hari lahir saya (ulang tahun), tetapi hari kelahiran semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang. Pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup, saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadan 1435," kata Felixia berkongsi perasaan dalam laman Fanpage Felicia Yeap.


Felixia Yeap kini yang telah bertukar nama Islam iaitu Raisha Rania. Setelah pemerhatian, Raisha membawa maksud pemimpin raja“, sementara Rania pula membawa maksud mempersona‘. Kiranya gabungan nama Islam Felixia Yeap ini membawa maksud pemimpin yang mempersona‘. Sangat Indah dan sesuai dengan orangnya.


SEJARAH LALU

imej model playboy Felixia Yap dan imejnya yang berhijab sekarang

Bercakap mengenai kehidupan masa lalunya, Pada mulanya Felixia Yap merupakan seorang model yang berasal dari Ipoh, Perak. Mungkin tidak dikenali ramai oleh rakyat Malaysia, yang dahulunya pernah bergambar untuk majalah Playboy atau lebih dikenali dengan gelaran RabbitGirl dengan pakaian seksi dan ghairah,  mula berpakaian lebih sopan dan bertudung penuh (berhijab) seperti wanita muslimah pada tahun lalu walaupun pada ketika itu beliau belum lagi memeluk agama Islam.

Disebabkan perubahannya tersebut, Felixia Yap mula mendapat perhatian ramai terutamanya di laman sosial.

FESYEN SEKARANG


Bercakap tentang perubahan fesyen pakaiannya, menerusi blog peribadinya
http://felixiayeap.blogspot.com dia memberitahu bahawa dengan perubahan itu dia kini berasa lebih berharga daripada mempamerkan badannya seperti dahulu.

Dalam pada itu, beliau juga meluah perasaan dengan mengakui beliau amat naif apabila bekerja di bidang permodelan. Malah beliau turut mengaku berasa kosong apabila sering dipergunakan oleh ramai pihak semata-mata untuk memperagakan tubuh badannya.



Perubahannya dalam membentuk imej wanita berhijab pada tahun lalu turut mendapat sokongan daripada keluarga terutamana ibunya yang memuji Felixia kelihatan lebih cantik dengan imejnya sekarang. Menariknya, beliau turut mengakui sudah jatuh cinta dengan baju kurung Melayu tradisional kerana baginya ia benar-benar selesa untuk dipakai. Kini apabila beliau melihat dirinya sendiri, dia berasa bebas, gembira dan rasa lebih selamat dengan imej tersebut.

PENGHIJRAHAN MEMELUK ISLAM



Berkongsi tentang penghijrahannya memeluk agama Islam juga, menurut Felixia, dia sangat bertuah kerana mendapat sokongan keluarga dalam penghijrahannya untuk memeluk agama Islam, terutamanya ibu yang melahirkannya.

"Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila dia, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tidak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan surat khabar dan sebagainya, tidak membantah.

"Malah, ibu merestui keputusan ini apabila saya memberitahunya yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya. Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik," tulis Felicia lagi menerusi laman web rasminya.

Sebelum ini, menurut Felixia, dia tidak menganut sebarang agama kerana dibesarkan dalam keluarga yang tidak mempercayai sebarang agama."Tidak ada apa-apa bimbingan agama, cuma berbekalkan nasihat daripada ibu saya iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.


Dalam pencariannya sebelum memeluk Islam, dia pernah ke gereja Katolik setiap petang Ahad, dalam tempoh selama dua tahun. Dia juga pernah cuba memahami agama Kristian, selain mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

"Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan. Hati saya tidak pernah rasa tersentuh. Saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih reda, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dalam hidup yang serba sederhana," katanya yang mula mengenakan tudung kepala semenjak lebih enam bulan lalu.


Sumber:
ww1.utusan.com.my
www.mysumber.com

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad