Saturday, January 24, 2015

Rahsia Umur Panjang Orang Jepun





Selama 25 tahun terakhir wanita Jepun telah memegang rekod dunia memiliki harapan hidup terpanjang dengan rata-rata usia  86.4 tahun. Bukan hanya wanita, malah kaum lelaki Jepun juga memiliki harapan hidup lebih lama jika dibandingkan dengan kaum lelaki di 192 negara di dunia. Menurut kajian, perbezaan ini disebabkan oleh pola pemakanan sihat yang diamalkan penduduk Jepun..


Seorang penulis wanita Jepun, Naomi Moriyama dalam bukunya yang berjudul 'Japanese Women Don’t Get Old or Fat',  Moriyama membawa pembaca ke dapur ibunya di Jepun dan mengungkapkan rahsia keluarganya untuk hidup panjang umur dan tetap sihat hingga masa tua. Ternyata rahsia awet muda masyarakat Jepun cukup sederhana, selain tetap aktif dan rajin melakukan senaman.

Berikut merupakan rahsia masyarakat Jepun memiliki umur yang panjang dan tetap sihat hingga ke tua:


1.      Mengambil makanan lengkap yang bervariasi.  

Bahan makanan di dapur masyarakat Jepun adalah berbagai makanan yang dimakan sederhana secara konsisten mahupun harian yang terdiri dari pelbagai sumber. Walaupun harganya tidak mahal namun, ia mengandungi nutrisi yang tinggi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.  Majoriti masyarakat Jepun suka makan ikan, rumpai laut, sayur-sayuran, kacang soya, beras, buah-buahan dan teh hijau.

2.      Orang Jepun menikmati makanan yang dimasak sendiri setiap hari.  

Hidangan makanan tradisional Jepun biasanya terdiri daripada ikan bakar, semangkuk nasi, sayur rebus, sup miso, hirisan buah dan teh hijau sebagai pencuci mulut.  Orang Jepun merupakan pengguna ikan tertinggi di dunia dengan purata pengambilan ikan bagi seorang individu Jepun adalah £ 150 ikan (68.04kg) per tahun dibandingkan dengan penduduk di negara lain iaitu hanya sebanyak 35kg per tahun.  Seperti yang diketahui, ikan mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi dan ini menjadi salah satu faktor mengapa mereka hidup lebih lama dan sihat.  Selain itu, banyak fakta lain mengemukakan, dimana mereka sangat gemar dengan pengambilan sayur-sayuran iaitu mengambil 5 kali ganda lebih banyak sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kubis bunga dan kubis Brussel berbanding orang Amerika.


3.      Orang Jepun hanya memasak makanan yang segar.
 
Pendekatan yang digunakan oleh orang Jepun ketika memasak ialah mereka hanya akan menggunakan bahan-bahan yang segar yang terdapat pada musim tersebut.  Menurut penulis Moriyama, "Pasaraya Jepun  selalu mengutamakan kesegaran sesuatu makan. Mereka bukan sahaja menitikberatkan tarikh luput sesuatu makanan yang dijual bahkan setiap makanan yang akan dijual perlu disemak setiap setengah jam. Dan rata-rata wanita Jepun juga amat selektif ketika membeli ikan, daging, sayuran. "

4.      Orang Jepun makan dalam kuantiti yang kecil.  

Sejak kecil lagi, masyarakat di Jepun telah diajar untuk makan secara perlahan-lahan dan belajar untuk menikmati setiap kunyahan.  Makanan yang dihidang di atas pinggan pula hanya satu pertiga daripada ukuran saiz peralatan makan orang Amerika.  Orang Jepun sangat menitikberatkan tatacara dan adab-adab ketika makan. 


Menurut Moriyama, “Makanan mestilah segar, setiap menu mestilah dihidang dalam satu pinggan dan makanan perlu dihias supaya nampak cantik dan teratur untuk menampilkan keindahan makanan.”



5.      Teknik memasak di Jepun hanya ringkas dan sederhana. 

Sebahagian besar kerja-kerja memasak dilakukan di atas dapur menggunakan variasi teknik seperti mengukus, membakar, menumis, menggoreng dan mendidih dengan menggunakan peralatan seperti periuk dan kuali.  Tukang masak di Jepun akan menggunakan minyak yang khusus dan perisa makanan daripada bahan-bahan semulajadi supaya memastikan kesihatan jantung sentiasa terjamin.


6.      Orang Jepun lebih memilih makan nasi berbanding roti. 
Ini merupakan perbezaan paling ketara mengenai tabiat makan orang timur dan barat.  Mereka yakin bahawa pengambilan tepung gandum yang berlebihan merupakan faktor utama masalah obesiti di Amerika.  Sekiranya anda telah terbiasa mengambil roti setiap hari cuba gantikan dengan secawan beras merah atau gandum 1-2 kali sehari.

7.      Di Jepun, pengambilan sarapan pagi dianggap sangat penting. 

Sarapan mereka terdiri daripada pelbagai jenis makanan seperti teh hijau, nasi kukus, sup miso dengan tauhu dan daun bawang, rumpai laut nori, ikan, telur dadar dan telur ikan.  Namun semua makanan tersebut diambil dalam kuantiti yang kecil.




8.       Masyarakat Jepun hanya makan pencuci mulut dalam kuantiti yang sangat sedikit. 
Di Jepun, makanan pencuci mulut hanya dihidang dalam kuantiti yang kecil tidak seperti di Amerika.  Namun, itu tidak bermaksud mereka tidak makan makanan seperti coklat, kuih-muih, aiskrim dan kacang merah, cuma mereka lebih menghargai kesihatan tubuh badan mereka.  Di samping, ia boleh menjadi cara melawan hawa nafsu  merekan kerana mereka sedar bahawa pengambilan makanan manis yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

9.      Orang Jepun memiliki“mind set” yang berbeza mengenai perihal makanan. 
Walaupun orang Amerika sangat prihatin terhadap masalah diet dan berat badan namun sebaliknya berlaku pada masyarakat Jepun yang sering didorong untuk menikmati makanan yang pelbagai tanpa masalah diet.  Namun, saat ini masyarakat Jepun sudah mula berhati-hati lebih-lebih lagi dengan wujudnya pelbagai restoran makanan segera ala barat yang diyakini akan menjadi faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti dikalangan anak muda Jepun.



10.  Bersenam merupakan sebahagian dari ritual harian masyarakat Jepun. 
Seperti yang diketahui umum, masyarakat Jepun sentiasa memiliki kesihatan yang baik kerana mereka merupakan masyarakat yang aktif dan suka mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian mereka. 

Menurut sebuah cerita dalam cover majalah Time tahun  2004 yangberjudul 'How to Live to Be 100' tertulis bahawa, Jepun berada dalam tangga pertama masyarakat dunia yang mempunyai kesihatan yang paling baik, mereka adalah masyarakat paling aktif yang menggabungkan banyak latihan insidental dalam hari-hari mereka."

Melalui kenyataan diatas, mereka juga sentiasa dilihat berusaha mewujudkan persekitaran yang sihat dengan cara berbasikal di sekitar kota, berjalan kaki, mendaki dan umumnya mereka sentiasa berusaha untuk kekal aktif.


Pics; amazon.com,  dreamstime.com, wallcoo.com & japantimes.co.jp.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad