Saturday, November 22, 2014

Model Cilik, Ceria & Comel Justin Jenna


Hello semua ^__^


Kenal tak dengan 2 orang budak sweet dan comel ni?


Haa! Paparan kali ni, K nak berkongsi sedikit mengenai model cilik dan comel dari Negara Thai. Tengok gambar je, memang dah tahu mereka ni nampak comel je kan.




Pertama sekali, model cilik boy ni nama penuhnya Jakkarin Moran ataupun lebih sinonim dengan gelaran famousnya JUSTIN. Justin ni model kanak-kanak sekaligus juga merupakan  seorang Pelakon Thai. Selain tu, Justin ni berdarah kacukan Thai-Amerika dan mempunyai seorang adik yang juga turut merupakan seorang model kanak-kanak terkenal, Jenna Jirada Moran.





Pada tahun lepas, Justin dan Jenna antara pasangan model adik-beradik terkenal di negara Thai yang hangat mencetus fenomena di laman sosial terutamnya di Instagram, Facebook dan beberapa fan page buatan peminat terutamanya di negara Thai.

Kecomelan 2 beradik ini yang sentiasa serasi dan mesra dalam menjalani sesi fotografi menjadi tarikan ramai peminat tidak kira yang berusia belasan tahun, remaja  mahupun dewasa. Comel, ligat serta perwatakan ceria dan bersahaja 2 model adik-beradik ini merupakan salah satu pengaruh kepopularan mereka sehingga membuatkan mereka mula dikenali ramai dan mempunyai peminat sendiri yang semakin bertambah.

Berikut antara foto-foto comel dan ceria Justin dan Jenna. Enjoying it..
 


Jakkarin Moran














Justin & Mom





Jenna Jirada Moran













Justin & Jenna











Justin,Jenna & Dad






Comel kan? Btw, I love them. Suka tengok reaksi mereka. Look so  cute together.



Dengan bakat dan rupa diorang yang comel, naif dan buat semua orang tertawan, K yakin mereka berpotensi menjadi seorang bintang yang boleh pergi Jauh. Macam Little Loli, model kanak-kanak China yang pernah K post kan sebelum ni. Insyaallah, K doakan kejayaan mereka…

Baiklah, setakat ini sajalah paparan K kali ini mengenai model cilik comel Justin dan Jenna.






Gambar: Google

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad