Seperti yang
diriwayatkan oleh Ibnu Qayyim – Ada 10 Jenis Tangisan Manusia di muka bumi ini:
· Menangis kerana
terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa
hina dan lemah
· Menangis untuk
mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana
mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik
– pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih
sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa
takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana
gembira
· Menangis kerana
menghadapi penderitaan.
“..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa
dan menangis.” (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang
menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak
air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi
terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku
setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak
pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau
terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan
meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan
sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa
yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat
memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah mata seseorang menitiskan
air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila
air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan
dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi
Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana
tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud
di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam
terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan
tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai
Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air
mata taubat mu!.”
*Sumber
dari peribadirasulullah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment