Friday, October 31, 2014

Keindahan Masjid Camii Di Jepun



Jepun ialah sebuah negara maju dengan Islam menjadi agama yang minoriti di sana. Namun demikian, perkembangan Islam di negeri yang kebanyakan penduduknya beragama Shinto itu cukup menggembirakan. Hingga tahun 2014 ini, jumlah masjid yang telah berdiri di seluruh Jepun mencapai 80 buah, dan terus bertambah sehingga kini.  
 

 
Masjid paling besar yang ada di Jepun bernama Tokyo Camii, yang mana terletak di bandar Tokyo. Pembangunan masjid tersebut dilakukan oleh pekerja-pekerja yang berasal dari Turki, sehingga reka bentuknya bergaya Ottoman mirip sekali dengan  Masjid Biru di Istambul.

Masjid Camii terdiri dari 2 tingkat dan jumlah kapasiti jemaah masjid mencapai sehingga 1200 orang. Lokasinya berada di perumahan Yoyogi Uehara, amat mudah untuk sampai dari kawasan pelancongan sekitar Shinjuku dan Harajuku



Bahagian bawah masjid ataupun tingkat 1 difungsikan sebagai pusat kebudayaan Islam iaitu tempat masyarakat umum boleh berkunjung dan belajar mengenai agama Islam. Manakala tempat solat berjemaah terletak di tingkat 2. 


Jemaah Masjid Tokyo Camii sebahagian besar merupakan pendatang, secaranya umumnya dari Turki,  serta beberapa negara-negara lain. Istimewanya, khutbah imam masjid diucapkan dengan 3 bahasa iaitu bahasa Turki, Inggeris, dan juga Jepun.

Yang menariknya dari kisah masjid
Tokyo ini adalah toleransi dan kesepakatan antara penduduk yang terjadi di sana. Kebanyakan masyarakat bukan Islam yang khusus mendatangi masjid semata-mata hanya untuk duduk di tingkat 1, yang mana terdapat sebuah lobi dengan suasana selesa dan tenang.

Dikatakan mereka sekadar ingin merasakan ketenangan sesusai menjalankan aktiviti padatnya dengan duduk di lobi
Masjid Tokyo Camii. Telah disiarkan oleh laman Nippon.com, pengunjung wanita tetap harus menghormati masjid dengan memakai tudung jika ingin duduk di lobi. Perkhidmatan memakai tudung sudahpun disediakan masjid sehingga mereka hanya tinggal memakainya.

Tuesday, October 28, 2014

Figura Yui Dan Asuna Bersantai Di Rumah


Kirito, Asuna dan Yui
Dari siri anime Jepun popular “Sword Art Online”,  



Figura Asuna dan Yui kini muncul dengan menampilkan alat dirian latar penuh yang berdasarkan woods-home. Kirito dan Asuna berpindah masuk ke rumah kayu ini sebaik saja berkahwin. 


Figura ini menggambarkan Yui yang kembali ceria watak Asuna yang penuh kelembutan seolah-olah seperti ibu dan anak perempuan.




 Katil, lantai serta aksesori lain semuanya dihasilkan secara terperinci bagi menggambarkan persekitaran rumah yang selesa bagi penggemar menikmatinya.  


Figura Yui dan Asuna ini bakal memasuki pasaran pada awal Januari 2015.




Images cre- : goodsmile.info, amiamiblog.com, animeblog.com, crunchyrollnews.com, pinterest.com

Saturday, October 25, 2014

Selamat Menyambut Awal Muharam 1436 Hijriyah




Alhamdulillah, segala pujian ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk mengecapi setiap nikmatNya dan berjumpa lagi di dalam coretan K kali ini.

Memasuki tahun baru Hijrah, alangkah sebaiknya kita hayati terlebih dahulu perkataan Hijrah iaitu yang bermaksud PERPINDAHAN. Hijrah secara am  dan ringkas adalah perpindahan daripada sesuatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Setiap tahun kita meraikan sambutan
Maal Hijrah. Kita mengagumi dan menghayati peristiwa hijrah Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah Ke Madinah. Lebih dari itu, kita menyusuri kisah perjuangan Baginda Rasulullah SAW, menjadikannya satu inspirasi bagi menuju kecemerlangan dan kita cuba merealisasikan konsep hijrah dalam erti kata sebenar di dalam setiap tindak tanduk perbuatan serta amalan kita,  menyimpan satu hasrat untuk berhijrah dan bertekad untuk berada di dalam keadaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Insya’Allah kita akan berusaha ke arah itu. Hijrah itu satu PERJUANGAN. Hijrah juga perlu PENGORBANAN. Hijrah dalam mencari KEREDHAAN ALLAH. Hijrah SEPANJANG ZAMAN.



Semoga perjalanan hidup kita di Tahun Baru akan dipermudahkan, diberkati dan diredhai Allah hendaknya. Apa yang kita perjuangkan dan kita lakukan adalah kerana Allah SWT.

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad