Wednesday, August 20, 2014

My Own Thesis About OhMiya SK Relationship


Pertama sekali, karangan ini sangat-sangat panjang,  jadi jika anda tidak punya waktu untuk diluangkan untuk membaca tesis ini (harap di Save Page buat rujukan anda esp to Ohmiya shipper out there yg penasaran soal status sebenar mengenai persoalan Ohmiya chemistry yg sentiasa anda persoalkan namun tidak pernah diungkapkan secara lisan ataupun essay. Nah, ini laman yg sesuai utk anda utk mencari dan menyelongkar serba sedikit status Ohmiya yang saya research sendiri di beberapa laman web yg turut menulis soal OMSK. Sepertinya jika saya disuruh memilih tugasan khusus berbaur Sains, that’s my lovely subject at school and of course, I’d’ve choosen Ohmiya as my thesis subject. Namunn harus saya akui disini tesis ini tidaklah sehebat tesis seperti beberapa bloggers/journalist lain yang turut menulis tesis berbaur OMSK seperti Another Long Ass Ohmiya Theory - PT 1-3 By Ohmiya Believer in The House Kamben87, Now I'm curious to know what you think about Ohmiya By yoshi09, Quotation Qorner: The Mystery of Ohmiya By Celestia, and the last one Ohmiya pimp post: The who, the why, and the gratuitous cute Hy Honooko. Saya juga seperti mereka yang sentiasa mencari bahan rujukan namun apa yang pasti saya bukanlah Master Ohmiya Tesis seperti mereka. Saya masih seorang bloggers kecil dan ini merupakan tesis tunggal saya yang tidak seberapa. Jadi, jika ada kesilapan sedikit bahasa dan fakta, pembetulan dari bloggers/journalist yang datang berkunjung amatlah dihargai. Juga sedikit amaran buat Ohmiya haters diluar sana yang berkunjung di laman ini, jika niat sekadar untuk membuat spamming disini, kedatangan anda tidak dialu-alukan dan dengan penuh rasa hormat abaikan tesis ini dan cari laman lain yang sesuai dengan kegemaran dan citarasa kalian. Saya tidak mahu melihat sebarang komentar yang boleh menimbulkan perbalahan disini kerana dari awal saya telah memperingatkan anda AMARAN sebelum membaca tesis ini. Harap Maklum.


**********

Arashi Skit-Duo
OhMiya SK Suspicious Relationship


OhMiya Sk adalah mewakili Satoshi Ohno dan Kazunari Ninomiya, 2 jejaka comel dari boyband popular Jepun, Arashi yang sangat dikenali begitu selesa dan serasi antara satu sama lain, membuat perangai seperti biasa yang dilakukan sepasang kekasih seperti berpegangan tangan, bermain sentuh punggung, ciuman demi ciuman tidak kira di pipi atau mulut dan secara amnya saling berhibur dengan meletakkan tangan ke tubuh satu sama lain ketika Arashi bersama. 


Dan pasti ianya membuat peminat2 menjerit, namun selepas 8 tahun mendengar ahli lain menjelaskan dari semasa ke semasa tentang hubungan mesra mereka membuatkan sangat sukar dipercayai apa yang peminat2 lihat secara amnya bukanlah hanya sekadar khidmat peminat kerana mereka juga tetap berkelakuan “buruk” apabila tidak berhadapan dengan kamera.




Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah ianya seperti sebuah perhubungan romantic luar set? Adakah mereka melakukan hal tersebut seperti yang mereka sendiri jelaskan, kerana mereka kawan baik dan itu menghiburkan mereka? Adakah mereka menyukai satu sama lain dengan cara begitu tapi mereka menafikannya jadi mereka memberitahu sesame sendiri mereka hanyalah sekadar bermain? Adakah mereka terlupa bahawa mereka sering menggunakan khidmat peminat tersebut bukan sahaja di depan awam malah ketika tidak berhadapan kamera?


Here have some hints of OhMiya SK relationship. “Are they?/ Aren’t they?” though question ;

Nino : walaupun kami berjumpa tiap-tiap hari, saya masih menghantar email kepada Riida. (note: he's talking about cell-phone mail)
Sho : Sungguh? Awak berdua yakin biasa macam tu?.
Nino : Kalau dikira, barangkali saya menghantar 6 kali emel kepada Riida setiap hari.

Fall 2007, Anan

Nino : itulah Nakama (sejenis perasaan hubungan yang kuat seperti persahabatan). Melalui kes saya, saya mendapat perasaan nakama semasa saya berkeseorangan juga. Saya telah merasa perasaan nakama semasa saya di Amerika, bila saya tonton  TV shows saya mula teringat dengan semua ahli yang sering menemani saya. Tak sabar rasanya nak balik semula ke Jepun.
Ohno : Siapa yang paling ingin awak jumpa dulu?
Nino : Eh!? Pastilah awak!

April 2007, Non'no

Ohno : Yeah, saya sentiasa bermimpi mengenai Nino chan sepanjang masa.

February 2008, Oricon Style

Ohno : Saya hanya sukakan Ninomiya….
Audience : (ketawa)
Ohno : Dan saya sentiasa mimpi tentang Nino hari ni.

OMSK TalkMoments

Ohno menjawab soalan dengan terus ke arah Nino tentang dirinya dan mengejutkan semua orang dengan memberikan jawapan yang jelas. Ianya sangat sukar untuk menggambarkan apa yang Nino fikirkan, bahkan juga pada ahli yang lain.

Sho : Hebat! Awak berdua kelihatan amat memahami satu sama lain. Bagaimana awak memahami Nino seperti biasa?
Ohno : Sebab saya sayangkan Nino.

November 2007, Polo Polo

Interviewer : Awak berdua (Nino/Ohno) kelihatan begitu rapat sekali?
Nino :Itu sebabnya kami selalu keluar bersama!
Sho : Eh.. akhirnya mengaku juga?
Ohno (menutup mulut dengan jari ke arah pengacara ) : Tolong, jangan tulis laporan ni...
Nino : Ah, Cuma bergurau saja?

June 2007, Wink Up

Ahli Arashi diminta menulis mesej tahun baru sesama ahli:


Ohno's message to Nino : Cinta takkan berubah~(laugh). Perlu saya jelaskan lagi? Cinta untuk segala keabadian…
February 2008, Potato

“Cinta untuk segala keabadian….” Namun itu bukanlah satu gurauan yang biasa untuk seorang lelaki menulis pada lelaki yang lain.


OMSK TALK MOMENTS


Aiba ;
Mereka berdua, maksud saya Ohno dan Ninomiya, hubungan mereka begitu menakutkan. Lebih menakutkan dari apa yang disyaki. Semasa di bilik persalinan Ohno meletakkan pewangi di pergelangan tangannya dan seperti biasa dilakukan oleh semua orang, mereka akan menyapukannya di sekitar leher tapi Riida kelihatan seperti menunggu sesuatu di situ, kemudian datang Nino dan terus menggosokkan pergelangan tangannya ke pergelangan Riida dan selepas itu mereka menggunakan minyak pewangi yang sama. Bahkan mereka juga sering berpimpin tangan semasa di atas pentas dan kemudian selalu berbisik dengan rapat sekali seolah-olah seperti bercium. Bagi saya, saya tak boleh lihat semua tu.

Pengacara : Jadi…
Aiba : Bukankah itu sangat pelik?
Pengacara ;
Mungkin tak… atau ia sudah menjadi kebiasaan baru-baru ini? (Ohno dan Ninomiya serentak menganggukkan kepala)
Pengacara 2 : Betul ke?
Jun ;
Tak! Saya tak fikir ia satu kebiasaan. Itulah masalah antara kami. Hubungan mereka terlalu rapat!!
Aiba : Macam tu ke? Dalam Ulangtahun ke-8 Arashi?
Pengacara ;
Jadi, tiada apa-apa yang boleh awak lakukan jika mereka keluar bersama antara satu sama lain?
Pengacara 2 ;
Betul tu! Ada apa-apa lagi perangai yang ditakuti ketika mereka di atas pentas?
Jun ;
Ada bahagian kami berlima berdiri lurus, di depan sekali ialah Ohno, Nino dan kemudian saya dan bila sya tengok di hadapaan semasa menari, Nino pada masa tu sentuh punggung Riida dan kemudian Nino memandang Nino sambil tersenyum. Mereka selalu main macam tu ketika di atas pentas.
Pengacara : Apa semua ni? Antara awak berdua Ninomiya kun?
Nino : Sebenarnya, ianya Cuma satu jenis permainan. (audience ketawa)
Pengacara : Apa jenis permainan macam tu?!!
Nino : Sebab persembahan awam sangat lama masa tu, semuanya 47 persembahan dan esoknya kami ada Niigata… (blablabla…)
Jun : Jadi awak sentuh punggung Riida?
Nino : Ya! Ada masa saya sentuh dan ada masa saya tak sentuh.
Pengacara : Tapi kenapa cuma awak berdua? Sangat pelik!
Pengacara 2 : Ya.
Jun : Awak tak nak cakap sesuatu?
Ohno : Emm…saya sangat berpuas hati. (senyum)
Jun : Apa sebenarnya yang awak nak jelaskan?? (audience ketawa)

NINO GET JEALOUS!

Ohno : Dia Nampak macam seorang lelaki yang baik.
Nino : Kenapa…? (wajah cemburu) awak dah jatuh cinta dengan dia?!!

OHNO GET JEALOUS!

Pengacara : “Wheeding Child Love” Arashi Ninomiya Kazunari!
(Nino bangkit dengan wajah teruja dan megah)
Pengacara 2 : Awak nampak terlalu gembira…
Nino : Ahh…maafkan saya, ia datang dari hati.
Aiba : Nino sangat beruntung!
Jun : Ya, Nino!
Ohno : Adakah “hati” tu bermaksud apa-apa? “points to heart symbol on board”
Jun : Ketua kami bercakap! (audience ketawa)

Nino : Riida cuma gemuruh.
Aiba : Riida terlalu bersangka buruk!
Nino : Sudahlah! Riida cuma gemuruh.
Pengacara : Awak Cuma gemuruh, kan?
Ohno : Ya! Sangat gemuruh. (duduk semula)
Pengacara : (menyambung semula topik) Adakah maksudnya dalam…
Ohno : (bangkit semula) Apa sebenarnya maksud hati tu?! (audience ketawa)
Aiba : Awak betul-betul bersangka buruk Riida. Itu tak bermaksud apa-apa!
Pengacara : Oh, awak gemuruh lagi?
Ohno : Ya! Maafkan saya.

SHOWER ROOM + DREAM


Nino : Kita melakukan concert kan?
Aiba : Ya,ya,ya.
Nino : Awak tahu kan kadang-kadang cuma ada 4 bilik mandi.
Aiba : Ya, kadang-kadang.
Nino : Masa tu ada seseorang yang selalu dating tempat saya dan ganggu saya.

Sho : Tapi itu kan bilik mandi.
Aiba : Tiada cara untk menggangu sesiapa di bilik mandi.
Nino ;
Betul! Orang tu cuma seorang. Jadi bila Cuma ada 4 bilik, seharusnya seorang harus menunggu.
Aiba : Yeah, biasanya seorang.
Nino : Tapi dia Cuma datang tempat saya dan lakukan perkara dia sendiri.
Sho : Siapa?
Jun : Datang dengan paksaan?
Nino : Ya.
Jun : Siapa?
Nino : Oh Chan! (Arashi ketawa)
Ohno : Saya Cuma suka Nino. (ketawa) Saya sentiasa bermimpi tentang Nino hari ni.

CHINEN YURI REALIZATION!


Ramai yang mengetahui Yuri Chinen iaitu salah seoarang ahli debut yang baru dari anggota Hey! Say! JUMP baru-baru ini sangat mengagumi salah seorang Senior dari agensinya sendiri iaitu Satoshi Ohno dan sekaligus telah menjadi “huge fans” Arashi. Menurut keterangan Yuri Chinen POV dalam clip youtube, dia yang mempunyai keinginan untuk bertemu Senpainya Satoshi Ohno di bilik persalinan Arashi bertukar menjadi peristiwa yang lain. Orang pertama yang dijumpainya ialah Matsumoto Jun yang mana telah memberitahunya bahawa Riida mereka tiada di bilik persalinan dan telah pergi bersama Nino.

Pernah sebelum ini Chinen sering tertanya jika ada sebarang bukti nyata mengenai hubungan istimewa Ohmiya dan sejurus itu dengan sengaja salah seorang dari ahli Arashi iaitu Masaki Aiba telah membawanya ke tempat yang sering dituju oleh Satoshi Ohno. Dan jelas apa yang dijumpainya ialah pasangan Ohmiya. Di sebuah bilik yang kecil dan luas, Cuma ada sebuah bangku panjang di dalamnya dan kelihatan Ohno san dan Ninomiya kun sedang duduk bersama di situ. Kepala Ohno san berada di bahu Ninomiya kun dan sementara tangan kiri Ninomiya kun sedang memegang sebuah majalah manakala sebelah tangannya lagi terselit erat dengan tangan Ohno san, kepalanya di atas kepala Ohno san dan kedua-duanya sedang terpulas tidur. Lantas Chinen mengukir senyuman comel dan lebarnya setelah melihat peristiwa yang terjadi di hadapannya dan baginya itulah pengalaman manis yang pernah dilihatnya lalu mengucapkan terima kasih kepada Masaki Aiba kerana sudi mengajaknya ke tempat tersebut. Walaubagaimanapun, Sho Sakurai dan Jun Matsumoto yang baru tiba di situ dan terus memarahi Aiba kerana telah membongkar segalanya lalu merayu kepada Chinen agar tidak memberitahu tempat tersebut kerana bimbang dengan ramai fangirls Arashi yang meminati OMSK akan mengenali tempat tersebut. Chinen berjanji dengan Sakurai san tidak akan memberiatahu tempat tersebut, tapi mengenai hubungan OMSK yang meluas di net, peminat tidak akan terlepas pandang ke mana saja Ohmiya pergi ketika bersama.

OHMIYA SK WINK-UP MESSAGE


July
To Kazu
Saya mula sedar sesuatu saat kita berjauhan, bila saya termenung sendiri, saya mula terfikirkan Kazu. Bila Kazu tiada di sisi saya, hidup saya tak berkmakna. Kazu, saya betul-betul sukakan awak.

To Satoshi.
Saya gembira awak rasa macam tu, tapi saya cuma pergi bercuti. Maaf sebab tinggalkan awak sendirian. Tapi bila saya balik nanti, saya hantar awak mesej, okay?

To Satoshi.
Kita selalu…selalu… selaluuuuu… buat kerja bersama, tapi dalam edisi bulan yang lepas, saya jarang ikut aktiviti Arashi, saya rasa sangat sedih. Jadi, apa kata kita akhiri semuanya.
Gurau, pyo~n! Sayang awak!

February

To Nino.
Saya saa…………ngat sayangkan awak! (serius).

March

To Ohno-san.
Sayang awak Satoshi. Tak kira siapa awak, saya tetap sukakan awak!

April

To Nino.
Saya cintakan awak. Saya betul-betul cintakan awak!

December

To Ohno (Satoshi)-kun.
Baiklah, saya rasa kita perlu berikan sedikit ruang antara satu sama lain. Dengan kata-kata macam tu yang awak berikan, ianya….

To Kazu
Tak nak. Tak nak ada ruang. Tak nak, tak nak, tak nak!
Sebab saya sayangkan awak Kazu.

2011 January

To Satoshi.
Terima kasih. Terima kasih banyak. Satoshi… terima kasih.

To Kazu.
Okay, saya dah dapat awak. Baiklah, apa kata teruskan hubungan dalam minda.

the ohmiya messages on the wink up board ;

From Nino to ohno:

リーダーへ
結局、残念なことにあのふたり組のユニットは札幌をもって解散になったけど、ボクたちはずっと変わらないぜ。

To leader,
Buat selama-lamanya kepada semua peminat kita yang sedih atas pembubaran OMSK di Sapporo, namun kita tetap takkan berubah.

So, Ohmiya SK putus lagi? namun mesej “kekal abadi” yang dinyatakan Ohno, ianya seperti “cinta takkan berubah”.

Menurut clip video OhMiya yang meluas di Nikki ;

OMSK sleep together in ONE FUTON.  

Pada mulanya Sho dan Nino diletakkan dalam bilik yang sama manakala Jun dan Ohno sebilik dan Aiba dalam bilik yang lain. Sho yang masih menikmati makan malam telah meninggalkan Nino sendirian di dalam bilik dan dalam perjalanan menuju ke bilik selesai saja Sho makan, dia mendapati Ohno berada di dalam bilik bersama Nino. Kedua-duanya tidur berpelukan erat antara satu sama lain di atas satu tilam, satu bantal dan satu selimut. Dan ia membuatkan Sho mula mengesyaki sesuatu. Semua orang tahu perkara tersebut sentiasa dilakukan oleh Sho sebagai seorang “accessory” contohnya dalam situasi seperti ini untuk membongkar sejauh mana hubungan mereka hingga membuatkan Jun dan Masaki sering keliru dengan perangai Sho, kerana Sho… antara ahli yang sering menyiasat hubungan mereka manakala Jun dan Aiba sudah pasti akan mendedahkannya di hadapan pihak media.

Sho memberitahu Jun jika dia menjumpai Ohno dan Ninomiya tidur sebilik berpelukan dalam satu selimut hingga membuatkan ahli bongsu itu tergamam dengan berkata “They do it that again?!”. Jelas terbukti itu bukan kali pertama Ohno dan Ninomiya suka berperangai buruk di belakang kamera.

Jika ianya hanyalah satu jenaka besar, mereka tidak perlu ketawa dan bermain sepanjang malam? Sebenarnya, apabila Ohno diajukan soalan hubungannya bersama Nino, Ohno sering memberikan jawapan yang menjengkelkan terhadap interview mahupun terhadap ahlinya sendiri lalu cuba mengubah topik perbualan.



Sukar dipercayai bahawa mereka bakal menjadi nyata dalam hal tersebut. Banyak dalam kehidupan sebenar antara kekasih tiada sesiapapun yang begitu dekat menunjukkan hubungan cinta di depan awam, meyakinkan dunia dan peminat2, mereka hanyalah sekadar kawan baik namun apa yang jelas mereka sebenarnya secara senyap mempunyai hubungan lebih dari sekadar rakan dan yang pasti beberapa jenaka yang mereka lakukan, Nino lah yang paling suka menikmatinya dan Nino sendiri yang telah megakuinya ianya seperti penyakit sawan yang tiba2 datang sebaik saja Ohno muncul di hadapannya. Ohno juga merasa malu kerana takut jika Nino terlalu mendedahkan semuanya…*pissed off*.


Satu lagi perkara yang menjadi persoalan, mungkin salah seorang dari mereka mempunyai “romantic feeling” namun tidak pernah mengakuinya kerana seorang lagi hanya berfikir mereka Cuma sekadar bergurau atau bermain sesama sendiri.

Ataupun kedua-dua mereka menyukai satu sama lain namun mereka fikir salah seorang dari mereka hanyalah sekadar bermain jadi kedua-duanya tidak dapat mengakuinya dengan benar.

Seperti kisah2 dongeng yang menarik barangkali tidak wujud di dunia yang nyata.

Persoalan yang terakhir “Adakah mustahil bagi 2 orang jejaka yang jatuh cinta antara satu sama lain degan serentak?”. Ianya hanyalah seperti “close-bond” yang hanya boleh dirasai 2 jejaka tersebut, tiada apa-apa yang sexual dan juga ramai peminat OMSK yang  tidak pasti dan terkeliru namun hanya Ohmiya sendiri yang tahu mengenai hubungan mereka.


Kesimpulannya ; Rakan, atau lebih dari itu?

Dalam karangan ini K telah memberikan semua kepingan teka-teki/fakta yang jelas, namun pastinya hanya ada satu ruang/fakta yang tertinggal. Tentu sekali K takkan pernah boleh mengatakan sama ada mereka benar-benar “bersama”. Dan K sudah tentu tidak boleh membuat keputusan untuk semua OMSK shippers di luar sana. Ianya terpulang pada OMSK shippers untuk menyusun teka-teki ini dengan sempurna dan pilih yang mana satu fakta yang OMSK shipper fikir sesuai dengan padanannya yang terbaik. Namun apa yang lebih penting, ianya sentiasa mempunyai lebih banyak fakta yang perlu dicari dan diuji ; dan semestinya permainan mereka belum tamat disini. Apa yang boleh K lakukan adalah memberitahu OMSK shipper apa yang K rasakan.


Secara peribadi ? Ya ! K pasti ada sesuatu diantara mereka. K juga fikir ianya adalah tarikan di sebalik perhubungan mereka, perasaan di sebalik cinta platonic iaitu cinta yang terjalin secara rohani, bukan jasmani, yang juga bermaksud tidak didorong dengan hawa nafsu. Sama ada mereka berlakon atau tidak dalam perhubungan yang jelas ini, K tidak mampu memutuskannya lagi.

Namun kedua-duanya membuatkan K jelas mempercayai “ gay/tidak gay” ; seksualitis tidak berhasil dengan cara begitu. Ianya juga bukan tentang hitam dan putih ; ianya seperti perkara yang berterusan berdasarkan pada orang yang kita cintai.

Sebagai seorang ex-bi, K akan berterus- terang, ianya bukan mudah untuk mengatakan “K amat suka dengan perhubungan yang sebegini” ; pengecualian sentiasa ada kearah undang-undang.

       
Semua orang tahu NK mempunyai teman wanitanya sendiri (Nozomi Sasaki). Dan kita semua tahu ini adalah fakta. Jadi jelas NK menyukai wanita. Namun K sebenarnya sentiasa mengesyaki NK seorang bi, dan K benar-benar tidak boleh memberitahu OMSK shipper kenapa kata hati K amat mengesyakinya. Dalam fikiran K, tidak mudah membuat sesuatu pilihan secara tiba-tiba untuk menentukan satu kebenaran.



Tambahan lagi Ohno tidak kelihatan benar-benar menyukai seseorang dengan cara dia menyukai NK walaupun pada fakta yang jelas dia seorang yang nakal dan pernah menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa gadis ketika era juniornya di Kyoto malah sentiasa ada pengganti namun ia tidak juga kekal lama dan adakah itu bermaksud Ohno setia pada yang satu ?


Dan kebenarannya Ohno hanya sentiasa dilihat dengan beberapa rakan baiknya (lelaki) dan termasuk juga rakan-rakan seagensinya.


        Walaubagaimanapun, persoalan K yang terakhir, jika benar Ohno dan NK cuma sekadar rakan baik, ianya masih tetap kelihatan sebuah perhubungan yang comel dan menarik dan K akan terus berharap, chemistry yang telah terjalin bukan sahaja semenjak mereka menyertai ARASHI malah sebelum mereka debut sebagai ahli Arashi, K harap NAKAMA mereka ini tidak akan pernah berakhir buat selamanya…


Begitu juga harapan K buat ahli-ahli ARASHI yang lain kerana bagi K persahabatan kukuh Arashi sejak di bangku junior era lagi yang mana K percaya telah menghasilkan bibit-bibit kasih sayang diantara mereka > OMSK terutamanya hingga membuat banyak masyarakat yang tidak pernah mengenali mereka secara dekat terus menyalah tafsirkan hubungan mereka sebagai “gay boyband”.  


Seperti yang Ohno Satoshi pernah jelaskan sebagai (Riida) pemimpin ARASHI, “We’re really close, to the point it’s digusting”. 

STORM in Japanese means ARASHI, in Malay means RIBUT


Dan K percaya ARASHI is FRIENDSHIP and OMSK is “SOULMATE”, bukan bermaksud jodoh seperti hubungan antara lelaki dan perempuan tetapi JODOH yang mempertemukan mereka sebagai rakan yang sangat akrab dengan mempunyai hubungan istimewa seperti sepasang kekasih. Dan itulah uniknya OMSK dalam group ARASHI. They’re FRIENDS, they’re COMPANION and at the same time they are BROTHERS. Because they LOVE each other in their own way that WE (Fans) couldn’t get it how they make it, to the point… they are 5 boys who’s build the GREATEST FRIENDSHIP in the WORLD.

OhMiya Nakama Forever & Ever...


No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad