Sunday, July 27, 2014

Pintu Gerbang Aidilfitri Saratok 2014


 Asslamualaikum, Salam sejahtera, salam satu Malaysia ^__^
Bersempena 29 Ramadhan 1435 Hijrah hari ini, K ingin berkongsi  topik mengenai keindahan Malam Cahaya Pintu Gerbang Aidilfitri yang disambut setiap kali malam 7 Likur pada bulan Ramadhan.

Setiap kampung mewakili sebuah atau lebih dari satu pintu gerbang mengikut kemampuan serta hasil kerjasama dari setiap penduduk kampung yang mengendalikan Pintu Gerbang tersebut. Acara ini juga turut disokong oleh Kementerian Daerah Saratok bagi menggalakkan kesedaran kerjasama yang erat antara penduduk2 kampung sambil menjalin silaturrahim sesama Muslim di Saratok.

Bukan itu sahaja, malah acara ini akan turut dibawa ke  Pertandingan Pintu Gerbang Paling Kreatif yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri Saratok yang mana majlis penyampaian hadiah akan diadakan sama ada di Dewan Masyarakat Saratok ataupun Pusat Lakis Saratok.

Pertandingan Pintu Gerbang tahun ini yang berorientasikan “Wasattiyah Tunggak Kesatuan Ummah”. Dan dilihat kesemua 8 pintu gerbang di Kampung Bunga Raya (1), Kampung Masjid (2), Kampung Tanjung (1), Kampung Melango Baru Hulu (2), Lot Wawasan Kampung Melango (1) dan Kampung Melango Baru Hilir (1), telam mempersembahkan pintu gerbang yang cantik dan turut memukau setiap pengunjung yang datang ke sini.

Pertandingan turut merupakan platform pencarian bakat-bakat seni bina dan reka cipta produk nkreatif yang berpotensi untuk dibimbing dan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya di peringkat kampung. Dengan pendekatan baru yang diperkenalkan pada tahun ini akan memberikaan motivasi dan semangat kepada kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian.

Oleh itu, marilah sama-sama kita melihat dan menikmati beberapa rekaan pintu gerbang dengan cahaya yang bergemerlapan disana-sini yang memeriahkan malam sambutan Aidilfitri tahun ini.




 Pintu Gerbang Kampung Melango Lama Hilir


 Pintu Gerbang Kampung Melango Baru Hulu


 Pintu Gerbang Kampung Melango Baru Hulu 2




 Pintu Gerbang Kampung Masjid


 Pintu Gerbang Kampung Masjid 2


 Pintu Gerbang Kampung Tanjung


 Pintu Gerbang Kampung Bunga Raya


 Pintu Gerbang Lot Wawasan Kampung Melango





Semoga Keindahan dekorasi Pintu Gerbang Aidiltri Saratok tahun ini memuaskan hati setiap pengunjung yang datang berkunjung ke setiap Kampung Melayu Saratok. 

Dan dalam pada itu juga K berharap kemeriahan Aidilfitri  tahun ini mendapat keberkatan dari Allah SWT disamping kita mengingati peristiwa penuh dugaan bagi seluruh umat ISLAM terutamanya insiden Pesawat MAS boeing 777 MH17 yang terhempas di Timur laut Ukraine yang mengorbankan banyak nyawa serta serangan kejam Zionis yang bertalu-bertalu menghentam bumi Palestine yang tidak berdosa. 

Sama-samalah kita berdoa agar saudara Muslim kita di Palestine dilindungi dari kecaman Israel dan mudah-mudahan pergolakan segera diakhiri dan tidak lupa juga Al-Fatihah buat saudara Muslim yang terkorban dalam nahas MH17.

Amin…

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad