Tuesday, July 22, 2014

My Colorful Hometown Saratok City


My Beautiful Hometown


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia ^__^ Alhamdulillah we meet again in this special month (bulan yang lebih baik dari seribu bulan) which every Muslim knew it already iaitu bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan dimana kaum Muslimin dan Muslimah berebut-rebut mencari keredhaan Allah SWT dalam menjalani ibadah puasa sepnjang 30 hari ini di bulan Ramadhan. Dan dalam saat kita beribadah di bulan puasa ini juga tidak mematah semangat Nor dalam berusaha mengambil beberapa shot terbaik yang ada di Saratok bagi menyiapkan task Nor yang sudah lama Nor ingin coretkan buat pertama kalinya di blog ini. dan terima kasih buat adik Nor iaitu Aisyah yang sudi menemani Nor mengelilingi Bandar Saratok mencari sumber dan info bagi melengkapkan task nor yang hampir siap di bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah atas keizinan dari yang Maha Kuasa, hari ini, Nor hanya tinggal membuat beberapa caption mengenai shot yang Nor ambil dan berkongsi dengan semua pembaca mengenai coretan Nor hari ini.

Actually, today i'd like to write down something to present “My Colorful Hometown,  Saratok city”. I love living here. My lovely hometown is at Kampung Melango Lama, Saratok .A town, which is located at Sarawak. I love to live here because the environment is so comfortable and make me always splendid in here. Also love friendly people, too. I love everything belongs my hometown where i was born and grew in 23 years.

So, for the easy way to communicate especially for my reader, as origin Sarawak citizen and always practically use to speak in Sarawak Malay, then I choose to start this essay in Sarawak languages okay ^__^ Hope u guys never mind.


Biasalah, sama sekampung, bagus gik kaka Sarawak jak owh. Hahaha… cukup 3 bahasa pake kamek kat situk, pening palak sik? Haa… belum gik kuar Bahasa Jepon. Ya lah tek nak, dah patih jak rasa make triple Bahasa kat blog and walauapapun at least kitak orang paham-paham jak owh. Tapi mek arap juak sik banyak, sikit ada juak geng saudara Saratok yang sudi berkunjung ke blog Dek Nor yang sik lah berapa nak kacak tuk. Dan Mak kaseh juak kepada pengunjung-pengunjung lain yang sempat singgah dan membaca coretan Nor tentang tajuk utama Nor ari tuk “My Colorful Hometown Saratok City” ataupun dalam Bahasa ringkasnya “Warna-Warni Bandar Saratokku”. Cam kacak jak bunyi nya nak? So, apa tunggu gik, bersama-sama Nor dalam coretan ari tuk merungkai keistimewaan apa yang ada dalam blog Nor tentang Warna-Warni Bandar Saratokku. ^__^

 Serba sedikit Info mengenai Bandar Saratok.


Saratok pada mulanya ialah sebuah pekan dan daerah di Bahagian Betong, Sarawak, Malaysia sebelum bertukar menjadi Bandar Saratok setelah dikecapi pelbagai kemajuan yang diasaskan oleh pemaju-pemaju dan pemimpin berdikari yang bertanggungjawab mengendalikan Bandar Saratok. Ia terletak di bahagian timur laut Bandaraya Kuching dan keluasannya 1,686.88 km persegi. Untuk memudahkan kawalan dan pengurusan kawasan Saratok, daerah Saratok telah dibahagikan kepada 2 daerah kecil iaitu, Daerah Kecil Roban dan Daerah Kecil Kabong. Di setiap Daerah Kecil tersebut, pejabat dan perpustakaan awam telah disediakan demi kemudahan penduduk setempat.

Daerah Saratok kaya dengan ladang-ladang dan kebun-kebun kelapa sawit. Kelapa sawit telah membawa sumbangan yang besar kepada pembangunan daerah Saratok serta telah meningkatkan taraf hidup penduduk sekitar daerah Saratok. Jumlah penduduk di daerah ini ialah sebanyak 37,918 orang iaitu Saratok (21,100 orang), Kabong (10,091 orang) dan Roban (6,728 orang).




Sumber :
en.wikipedia.org/wiki/Saratok


Pertama sekali inilah Peta Keseluruhan Negeri-Negeri Sarawak dan Saratok ialah point utama lokasi mengenai apa yang akan K coretkan hari ini dengan tajukWarna-warni Saratokku”.



Semua foto dibawah diambil di lokasi Saratok, Sarawak.


Majlis Daerah Saratok yang terletak di tengah Pusat Bandar Saratok


Pasar Saratok


Taman permainan utama bandar Saratok

Pemandangan penuh kehijauan tatkala memasuki Taman Permainan utama Bandar Saratok.

Menara Jam 1 Malaysia yang menjadi tunggak/simbol utama perpaduan kaum di Saratok.


Pasar Saratok 2


Laluan masuk utama Taman Permainan utama Bandar Saratok

Lorong jalan kaki strategik yang terletak diantara 2 bahagian Taman permainan Saratok yang menghubungkan pasar 2 hala di Saratok.


Taman permainan sebelah kanan yang mana menghubungkan padang bola jaring Masyarakat China di Saratok.


Jalanraya menuju ke pusat Bandar Saratok.


Traffic Light Saratok yang dikelilingi 4 laluan utama bandar Saratok a.k.a Saratok Ginza. Credit pic : panoramio.com

Keutuhan bangunan SJK Myn Syn yang semakin maju dekorasi sekelilingnya.


Jalan raya menuju ke Saratok Bazaar yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang luar yang berkunjung ke Saratok.


Tengok! warna-warni je penghadang jalan kaki yang diwarnai dengan warna-warna PELANGI yang menjadi kesukaan K. Sesuai sangat dengan tema tajuk K, "Warna- Warni Saratokku".


Dewan Masyarakat Saratok yang mana banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti pameran, amal jariah, majlis sambutan kunjungan para VIP malah turut digunakan kebanyakan masyarakat Saratok sebagai lokasi bagi upacara Perkahwinan bagi mereka2 yang bertaraf Dato/Datin.


Cantik je kan pemandangan dari sisi...


Here we comes ^_^ Selamat Datang ke Lot Wawasan Kampung Melango. Siap ada signboard KTW lagi kat situ. that's mean, Saratok Village pun dah semakin maju sekarang. Thanks to Malaysian PM ^_^ kerana memperkenalkan projek tersebut pada rakyat.


Masih tidak dilupakan kepada pemaju-pemaju yang pernah menaik taraf kawasan tersebut.

Dan juga tidak ketinggalan wajah 5 orang pemimpin Negara yang terhormat.


Selamat Datang ^_^


Suasana aman dan damai terus menyelubungi diri tatkala melihat dekorasi pagar putih hasil buatan tangan penduduk setempat yang saling bekerjasama mencantikkan kawasan sekeliling untuk tatapan para pengunjung.

Dan ini pulak lokasi restoran kampung yang terkenal di Lot Wawasan kampung Melango yang diasaskan oleh Puan Patek (nama gelaran) sekeluarga. K tak sah dalam seminggu mesti 2-3 kali makan kat sini, kalau tak pun tapau bawa balik. Penduduk dari Pusat bandar yang jauh pun sanggup korbankan masa menuju ke sini semata-mata ingin manjamu makanana yang enak tersedia kat sini. Antara menu popular ialah Nasi Ayam Panggang, Mi Sup Sapi, Somyam Sayur, Mi Goreng Udang dan banyak lagi menu2 yang sedap. Pada sesiapa yang ingin nak tahu lagi apa menu2 nya, silalah berkunjung sendiri ya ^_^


Daa.. Selamat Jalan.


Sekaran, kita kembali ke Pusat Bandar yang menempatkan beberapa lokasi utama penduduk Saratok.


Inilah kompleks sukan Saratok.


Banyak aktiviti riadah dilakukan penduduk dari seluruh pelusuk Saratok yang berkunjung kesini. Ada yang berjoging, membuat aktiviti sukan sekolah dan juga menjadi tempat latihan bola sepak.


Next is SMK Agama Saratok. haa... kalau bahasa Indonesia, ianya disebut Pesantren. Boleh tahan ketat jugak disiplin keagamaan di sini.


Bangunan MPOB Saratok yang menyelenggarakan hal serta urusan berkaitan urusniaga kelapa sawit.


Jabatan Kerja Raya Saratok.


Pemandangan cantik kawasan setinggan Ratus Melati


Nampak cantik2 je rekaan kediaman penduduk Ratus Melati. Pic diatas antara rekaan kediaman impian K. Cantik kan?


Church Utama bandar Saratok yang mengumpulkan penduduk2 Kristian/Katolik yang berbangsa Iban.


GIATMARA Saratok yang mana menyatukan belia-belia Saratok untuk membuat aktiviti pilihan yang memberi faedah terutamanya bagi lepasan2 SPM.


Lokasi SHELL yang berhampiran dengan Wisma Persekutuan Saratok


Pintu masuk utama Hospital Daerah Saratok.


Pemandangan cantik pokok-pokok berbunga ungu violet mengindahkan suasana jalan raya besar Saratok.


Sekolah berprestasi SMK BM SARATOK




Lokasi Petronas yang luas berhadapan SMK BM SARATOK


Church ke 2 bagi mereka yang menganut agama Kristian/Katolik yang berbangsa Cina.


Dari sudut belakang, SK Abg Abdul Rahman Saratok.


Dari sudut hadapan SK Abg Abdul Rahman Saratok


Padang Masyarakat Saratok menganjurkan pelbagai jenis keramaian sukan termasuklah Hari Sukan Sekoalh Sedunia.


Perpustakaan Awam Saratok yang banyak melahirkan pembaca2 aktif dan cergas di sekolah.


Masjid Jamek yang menyatukan masyarakat Muslim di seluruh Saratok.


Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Polis Saratok


Pemandangan tenang dan mendamaikan dari Jeti Wak Jelatong.


Taman permainan serta aktiviti riadah penduduk sekitar Saratok yang berdekatan dengan Kampung Masjid.


Juga ditempatkan beberapa permainan palang bagi mereka yang aktif melakukan aktiviti body flexible tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.


Gelanggang Petanque Saratok yang merupakan lokasi tumpuan utama pengunjung luar kerana tempatnya hampir dengan Jeti Wak Jatong yang merupakan lokasi yang hampir dibanjiri pelbagai masyarakat apabila menjelang Saratok Regatta a.k.a Pesta Sukan Air Saratok.


Keistimewaannya, aktiviti petanque sentiasa meriah setiap hari terutamanya pada waktu petang dan setiap kali hujung minggu kerana ramai penduduk setempat berkunjung ke sini untuk beriadah bersama keluarga. Tambahan pula, terdapat beberapa mini cafe dan booth para peniaga yang menjual makanan/minuman ringan seperti Buger King, Pop Ice, Wafer dan banyak lagi bagi memudahkan pengunjung tanpa perlu membeli makan yang jauh di pasar.



Jadi setakat disini, sekian sajalah coretan K mengenai “Warna-Warni Saratokku”. Harap pengunjung berpuas hati dengan usaha Nor dalam memberikan shot yang terbaik buat tatapan pengunjung blog. Sekiranya ada terkasar Bahasa mohon dimaafi dan bagi pembetulan info kurang tepat Nor mengenai setiap caption, bloggers dijemput memperbetulkannya. Bagi beberapa lokasi Saratok yang mungkin Nor tertinggal, harap dimaafkan kerana untuk memberikan sesuatu gambaran menengenai sesuatu yang diupload perlu mempunyai info dan jelas dan akses yang tepat dalam menyampaikan semula info tersebut kepada orang ramai. Mungkin selepas ini, Insyaallah… kita bertemu lagi dalam task Nor yang seterusnya mengenai beberapa lagi lokasi menarik di Saratok kerana banyak lagi tempat yang perlu anda tahu betapa UNIKNYA Saratok.

Terakhir sekali bagi anda yang curious mengenai ;
“Mengapa banyak tanglung Cina tergantung setiap sudut panorama Saratok?”
Jawapan : Kerana di Saratok, Masyarakat Cina mempunyai pengaruh kedua terbesar selepas bangsa Iban yang mempunyai majoriti yang luas di Sarawak. Jadi tidak hairanlah, Pusat Bandar Saratok berkonsepkan ilustrasi budaya Cina.


No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad