Friday, January 17, 2014

Agama Tidak Bersalah






Tidak semua orang ISLAM itu baik dan tidak semua juga orang ISLAM itu jahat.

Tidak semua orang BUDDHA itu baik dan tidak semua juga orang BUDDHA itu jahat.
Tidak semua orang KRISTIAN itu baik dan tidak semua juga orang KRISTIAN itu jahat.
Tidak semua orang HINDU itu baik dan tidak semua juga orang HINDU itu jahat.

Dan semua manusia yang menetap di muka bumiNya ini, tiada satupun yang baik mahupun jahat melainkan hanya 2 jenis manusia iaitu mereka yang berjuang kearah kebaikan atau dengan niat melakukan kejahatan, manusia dilahirkan masing2 mempunyai 2 sifat iaitu iman (sabar) dan hawa nafsu. Manusia lebih tegar memilih jalan ringkas daripada berusaha demi mencapai satu keinginan. Namun, jika manusia diberi pilihan, tiada satupun yang memilih untuk berbuat kejahatan. Semua agama menekankan umatnya agar berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Semua agama itu mengajar kita jalan menemui kebahagiaan dalam kehidupan agar kita mencapai keamanan. Dan semua agama itu menentang manusia dari saling berbunuhan. Jangan pernah sesekali menunding jari, jika Islam, Buddha, Hindu mahupun Kristian itu jahat kerana AGAMA tidak pernah bersalah mendidik umat2nya melainkan manusia itu sendirilah yang bersalah kerana kurang menerima pendidikan AGAMA yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment

I Love All My Followers ^_^

Entry Babab.net

hatsune_miku_cursor

Singing Hatsune Miku

snow_pink

cute_anime_girl_bottom_left

cute_anime_girl_top_right

Streampad